Tuesday, July 12, 2011

Menangis Tanpa Sebab!

Aku salahkan semua...semua yang berlaku...
Aku marahkan diri aku kerana tidak bertanggungjawab...
Aku menangis dengan diri aku sendiri kerana tidak peduli...
peduli dengan kesakitan orang lain..orang yang menyayangi aku...

Baru kejap tadi aku baca entry blog seseorang...
dan menyebabkan aku menangis tanpa henti (makan masa 3 jam...)
aku rasa cukup tidak peka dengan orang sekeliling aku...
Nasib dia aku tak pernah nak pikir...sakit ke? makan ke? berduit ke?
Yang aku tahu...aku memaksa dia berjumpa dengan aku...
aku tidak fikir kondisi dia untuk membolehkan dia menunaikan permintaan aku...

Dia sangat terluka, dia sangat susah hati..dia sangat terdesak...
Dia kesakitan...bukan pada fizikal...tapi hati dia...
Dia semestinya ingin hidup gembira seperti aku...seperti kami...
tapi dirinya...tersepit dalam permasalahan hidup seperti itu...
tidakkah aku kasihan? bukankah aku berjanji mahu sentiasa berada disebelahnya?

Aku menangisi setiap perilakuku...
mungkin pernah mengguris perasaan dia..,
mungkin tidak pernah faham isi hatinya...
mungkin tidak cukup mendengar masalahnya...
mungkin penah membuatnya rasa tidak diadili...

Sungguh aku memohon kemaafan dengan silap aku terhadapnya...
Aku pernah membeza-bezakan dirinya...
Hinggakan kini aku menyesali dengan diriku...tidak memanfaatkannya...
Hingga entrynya yang terakhir aku baca...airmata tidak berhenti2 mengalir...
Aku sebut namanya berkali2 dan memohon kemaafan...
Aku janji aku akan membantunya, aku janji akan membela dirinya...aku janji aku menjadi teman yang setia dan prihatin dengan setiap kesakitan dia...
Aku tak mahu cakap kosong...sakit yang dia tempuhi...aku harus sama-sama lalui...aku sedia!

*Abgku Remy...luahkan segala sakit dihatimu, aku sedia membantu...jangan kau rasa jauh dari aku dan dari kami kerana kesusahan kau. Aku anggap kau teman paling setia selama perkenalan kita...

Mag_Jr Shomei
Your Little Bro, Your Friend, Your Family!

5 comments:

  1. emm,aku rase aku tawu blog sape yg ko bace..aku tumpang sedih..:)

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum...sungguh terharu..terima kasih untuk semuanya adikku megat..aku tak tahu nak kate apa..apa yang penting,doakan aku...sama-sama lah kita usaha yang terbaik...aku sentiasa bersamamu walaupun tidak secara fizikal..

    ReplyDelete
  3. aku ingin dalam hidupku diadili, dimanjakan dan diambil peduli oleh orang yang lebih penting dari aku...iaitu seorang abang atau seorang kakak...kerana aku tidak lahir mempunyai mereka...bukan menyalahkan takdir yang aku menjadi anak sulung (seperti remy) cuma aku berharap akulah bongsu dan yang terakhir...terima kasih kerana aku telah telah mendapat satu rasa yang dinamakan seorang 'adik'! terima kasih pada kamu~

    ReplyDelete
  4. hehehehe...nak join jgk jadi adik...haks3...

    ReplyDelete
  5. ak mmg adk ko kn fiza..hehe
    biar ak jd kakak ko megat..wakaka..
    anyway ak pn trharu bc post nie..sweet..:)

    ReplyDelete