Sunday, July 3, 2011

Jalannya Islam tetapi sesat dilaluannya!

Kenalkan apa itu Islam? Atau sekadar tersenyum sambil menunjukkan mykad yang tertera ISLAM! Aku juga pernah terfikir...cukup dalamkah ISLAM aku tu? Cukup diredhaikah Islam aku? Tiada salahkah aku selama aku Islam? Semuanya bermain dalam fikiran sejak aku mula mengenali identiti aku sendiri...Aku mula bersuara bertanyakan tentang Islam? Semua persoalan timbul sejak aku berkawan dan dikelilingi orang yang bernaung dan kuat dibawah tadbir ISLAM....

Aku rasa aku yang paling rendah naungan itu (mengikut persepsi diri) kerana aku cukup berbeza dengan yang lain. MyBro dan family committee banyak menunjukkan teladan dan panduan yang bagi aku cukup 'islam' bagi aku...Aku bukanlah alim ulama dan aku bukan seorang perfectionist Islam yang terbaik yang boleh diikuti orang...kerana aku masih menjadi pengikut Islam yang setia...cuma masih terumbang-ambing dengan godaan dunia & syaitan laknatullah!

Aku berani post entry sebegini bukan kerana aku 'membuka pekung didada' mengatakan aku bodoh atau jahil Islam....TIDAK! AKU BUKAN BODOH DALAM ISLAM...cuma aku masih dalam laluan yang tidak jelas antara kanan atau kiri...aku masih meraba-raba mencari jalan yang menuju kepada kebahagiaan dalam Islam! Aku hendak menetapkan Islam aku yang sebenar...kerana aku cukup hilang dan kekaburan dalamnya! Aku sendiri tahu jalan aku sendiri. Bermula dari arah peta yang menunjukkan aku harus pergi ke suatu tempat yang bernama ISLAM, kemudiannya ditunjukkan arah menghala kesana, baik cara dekat atau jauh (macam dalam google maps) aku tahu jalannya bagaimana. Aku terus menghala kesana dan disini ia akan merubah jalan hidup aku! Maka apa yang tidak kenanya?

Kisah segalanya bermula apabila kita diberikan satu fokus jalan yang harus dituju. Maka tidak salah jika aku sendiri berkata yang kita tidak 100% mencapai objektif kerana kita disepanjang jalan itu akan sentiasa singgah dimana2 sahaja perhentian yang kadang-kala disebut sebagai 'laluan kelalaian'. Disitu fokus kita akan mula lari, terpengaruh dan terjebak dalam kancah dunia yang meruntuhkan iman dan pegangan kita...aku berani mengaku bahawa aku juga begitu! Jadi setelah kita disedarkan oleh 'sesuatu' bentuk penyedaran...kita akan berasa hendak KEMBALI! Sebenarnya ia salah...jika kita dalam satu perjalanan, kita tidak boleh kembali tetapi perlu meneruskan perjalanan, cuma kita perlu BERUBAH DAN ISTIQAMAH dalam menentukan pegangan dan fokus utama kita. Itu yang aku juga perlu tanamkan...diakhir perjalanan aku harus jumpa lokasi itu...lokasi yang dinamakan ISLAM...

Aku ingin menjadi seorang yang dicintai dan disayangi kerana ISLAM...aku tidak boleh terus-terusan salah arah disepanjang aku:
  • mengaku Islam kerana memegang MyKad yang bercetak ISLAM bahkan aku tidak kenal.
  • bersekolah dgn mempelajari Pendidikan ISLAM bahkan aku belajar hanya untuk score A!
  • berkata 'saya ISLAM' dihadapan org bukan Islam bahkan terikut2 budaya bukan islam.
  • merayu agar agama rasmi Malaysia iaitu ISLAM dipertahankan bahkan aku persendakan.
  • menuju disetiap tempat yang bertulis ISLAM bahkan masih lagi menjejakkan kaki ke tempat2 yang tidak mencorakkan Islam.
Aku mesti berubah, kekalkan ISLAM dalam hati aku, kerana aku telah dijanjikan ISLAM dan syurga buatku...ISLAMlah yang menyelamatkan aku...buat kawan2 yang aku cintai, ingatkanlah aku jika aku lupa, tegurlah aku jika aku melampaui batas, pukullah aku jika aku mengasari, dan bencilah aku jika aku mula lari dari paksi...kerana aku bukanlah sempurna...AKU MANUSIA DAN AKU ISLAM...DIHATIKU ISLAM!

Benar! Islam is the way of Life...

4 comments:

  1. wow,islamik sgguh post kali ni..emm,aku pn same lah cm ko..syukur,aku masih blom tlalu jauh mnyimpang..tp klu tersenget2 sket ade la..hehe

    ReplyDelete
  2. Bagusnya megat . masih sedar siapa diri kita yang sebenar . :) saye paling takut tersimpang jauh .

    ReplyDelete
  3. buat kalian...ini sahajalah yang mampu megat ingat supaya tidak mudah berputus asa nak berubah...nak menjadi perfectionist islam dengan segala amal ibadah yang fixed, mungkin masih tidak terjangkau...dengan pendekatan beginilah dpat menjadikan megat ingat akan sape diri kita...

    ReplyDelete
  4. insyallah..cbe la yg trhebat utk meningkatkn imn kte sehr hr..:)

    ReplyDelete