21 Julai 2011: Apabila ia telah terjadi ...
[i]
Ia berlaku sangat pantas. Aku sendiri tidak percaya perkara ini boleh terjadi. Hati aku menjadi runsing, kerana apa? aku juga tidak tahu. Sedangkan perkara itu menimpa kepada orang lain. Pada awalnya apabila aku dikhabarkan tentang kejadian ini, aku tidak endahkan dan aku hanya anggap ia hanyalah gurauan dari Remy. Maka aku tidak mahu hadir ke sana melihat kejadian itu.
[ii]
Sehinggalah saat aku pergi kesana, 6 jam selepas kejadian. Aku nampak Opie berjalan keluar. Dengan wajah yang cukup tensen apatah lagi masam mencuka. Aku pelik, mungkinkah apa yang Remy kata tu benar? Aku masuk ke dalam bilik itu, keadaan sangat suram, seperti ada kematian ataupun kemalangan. Aku lihat mereka diam tidak berkata apa-apa, kehadiran aku juga mereka tidak sapa. Lama juga aku memerhatikan perubahan yang berlaku disitu. Aku tenung dan tatap dengan sepenuh pengertian.
[iii]
Aku bencikan saat sebegini. Semua orang seperti sudah tiada nyawa. Mereka tidak bercakap walau satupun. Aku menarik seorang rakanku keluar dari bilik itu. Dan kemudiannya kami berbincang apa yang sedang berlaku itu. Segalanya diceritakan, segala detik yang berlaku hinggalah perasaan yang sedang bermain dijiwa mereka. Aku tidak dapat bernafas, insiden itu betul-betul membuatkan aku rasa tidak berpijak dibumi yang nyata. Benarkah? Mudah pula ketika itu aku hendak menangis. Pelik juga, aku menangis demi orang lain?
[iv]
Aku masuk semula. Dan kini aku hanya bermenungan melihat keadaan mereka yang sugul dan tidak bermaya itu. Kemudiannya Opie masuk dan pergerakan dibilik itu menjadi sedikit beremosi. Bukan emosi dari mereka, tapi aku! Melihatkan wajah dia, aku jadi serba salah. Tidak ada jalankah yang aku boleh bantu. Dia sahabat, juga abangku...mengapa aku tiada daya untuk membantu? Apakah aku hanya bersenang lenang melihat kesakitan dan kelukaan orang lain? Jiwa aku agak tertekan, melihatkan rakan-rakan apatah lagi keluarga aku dilanda masalah sebegitu. Aku hanya diam, sudah puas aku menangis di dalam hati. Aku umpama mati disitu. Aku menjadi batu, tidak tahu berbuat apa-apa.
[v]
Keadaan masih dalam kekusutan. Opie kelihatan risau, tensen dan sedih. Tetapi dia tidak ekspresikan. Aku tahu, aku faham. Kerana aku mahir dalam menginterpretasikan wajah dan perasaan. Bak kata Remy, biar dia tenang dan reda dulu. Jangan biarkan dia terus kusut dengan masalahnya. Aku ikut sahaja nasihat itu. Tapi hakikat diri ini tidak suka melihat kesakitan orang, aku tidak boleh berdiam diri. Tetapi pada waktu itu, diri aku seperti memberi signal supaya aku terus diam disitu. Usah rumitkan apa-apa. Kemudiannya Opie pulang semula kebiliknya. Berat nafas aku ketika itu. Hampa juga pada diri kerana tidak mampu menjadi orang yang dapat menyelesaikan masalah orang lain.
[vii]
Remy pula muncul. Aku melihat dia yang kelihatan agak berkecamuk difikiran. Aku tahu kerana sahabat baik ataupun teman rapatnya Opie dilanda masalah. Aku menjadi seribu kali...bukan seribu, berjuta dan berbilion kasihan dan sedih melihatkan kesemua wajah yang tidak serupa ceria pada waktu itu. Aku penganalisis personaliti pada diri sesiapa sahaja yang berada disitu. Aku lihat Remy seperti tidak tahu apa yang patut dia lakukan. Dia rasa sangat bersalah. Aku rasakan mahu berbicara dengannya, tapi aku masih lagi kaku tidak berkata. Masa untuk makan ketika itu.
[viii]
Orang yang dilanda masalah seperti mereka masih lagi boleh ketawa dan bergurau senda. Aku rasakan mereka ini cukup kuat bertahan dengan dugaan yang datang. Mereka tabah dan sangat sabar dengan apa yang menimpa. Jika aku, mahu sahaja aku menangis tidak henti, menjerit-jerit dan akhirnya pengsan. Tapi, teladan yang aku lihat dari mereka membuatkan aku rasa aku juga kuat seperti mereka. Cuma, wajah Opie masih lagi dalam kebimbangan walaupun dia sedang bergurau senda. Kenapa aku tidak seperti mereka apabila dalam kesusahan? Kenapa aku mudah berputus asa bila datangnya dugaan? Mereka membuatkan aku rasa dalam situasi.
[ix]
Aku masih ingat ungkapan ini: "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
Yess... perenggan IX ada benarnya.. Allah tidak menguji hambanya yang tidak mampu untuk menanggungnya..=).. ade hikmah disebalik semua kejadiaan itu..insyaALLAH..berdoalah..semoga kita semua tabah..=)..
ReplyDeletesgt ingat ungkapan..terima kasih juga kepasa semua abg2 ku kerana menjadikan diri ini lebih semangat dan kuat menempuh cabaran...
ReplyDelete