Friday, December 13, 2013

CSL669: Tamat & Bergraduat

Mereka-Mereka di GW Intech Sdn. Bhd.

Alhamdulillah...
Akhirnya latihan industri aku tamat & sempurna.

Dan ini juga menandakan aku berjaya menyempurnakan pengajian Bachelor Degree aku.
LI selama 14 minggu ni nampak je macam sekejap, tapi menunggu tamat berjanggut!
Akhirnya esok aku dah boleh balik ke Sungai Buloh.
Oh! Rindunya dah berapa minggu dah tak balik sana. 
Rindu mak abah & rumah.
Rindu jugak kat my BFF Faeez & sang gedik-gedik yg lain.

LI kat Ipoh ni betul-betul mengajar aku berdikari.
Walaupun tak 100% macam kerja, 
tapi aku seronok berada kat sini.
Kawan2 & environment kat sini best, 
tak pernah rasa tertekan.
Paling best bila aku banyak outstation luar dari Perak. 
Itu kegemaran aku, melancong, berhibur & mengembara!
Aku akan simpan kenangan LI kat sini dalam ingatan aku.
Yes, seriously aku akan rindu semua orang kat company ni.
Especially, kawan-kawan LI aku Bila, Pika, Uzzair, Afzal, Cikpa & yg baru Yana.
Sumpah best sama-sama dengan diorang, gelak tawa & berhibur bersama.

Esok aku akan memulakan perjalanan sulung dan terakhir.
Dari Ipoh ke Sungai Buloh yg mengambil masa dalam 2 jam 30 minit.
Moga perjalanan aku lancar & tidak ada apa-apa lagi yg tertinggal di Ipoh.
Kalau ada pun hanyalah kenangan & kerinduan aku kat sana. 
Selamat tinggal Ipoh, moga kita berjumpa lagi.

Tahniah Mag Jr Shomei kerana telah tamat pengajian & selamat berkonvo!
Selamat menyambung pengajian sarjana tahun hadapan.

Wednesday, November 20, 2013

Sejarah Kisah Kita

Sudah lama tidak ku buka kisah tentangnya...
Jika adapun, hanya wajahnya yang ku tatap di laman sosial...
Aku gagahkan diri untuk tidak mengambil peduli...
Kerana, aku tahu dia juga tidak perlu aku...
Tapi diketika ini, entah mengapa aku buka semula kisah kita...
Yang tak lama dulu tertulis hingga kini aku ingati...
Mungkin kau tidak ingat lagi...atau tidak ambil peduli...
Aku cuba rangsang rasa dijiwaku ketika melihat wajah kau...
Tapi ada sedikit rasa yang menyentak dan berbisik pada naluri hatiku...
Mengatakan aku rindu dan masih menyayanginya...
Berkali-kali aku pejamkan mata...
Berharap wajahnya tidak menguntumkan rasa rindu...
Berkali-kali aku tarik nafasku sedalamnya...
Berharap wajahnya tidak mengulang kembali kisah kita...
Segalanya telah kita tinggalkan abadi tahun dulu...

Aku masih ingat lagi segala kata-katamu...
Aku masih ingat lagi segala tingkah lakumu...
Aku masih ingat lagi segala belaianmu...
Aku masih ingat lagi segala senyum dan tawamu...
Semua itu tersimpan kemas dalam memoriku...
Hendakku padamkan sayangnya...ia kenangan manis hidupku...
Walaupun sisa sedikitnya ada pahit dan tangis...
Tapi aku kekalkan dalam ingatan sebagai rencah hidupku...
Terngiang-ngiang suaramu ketika ini...
Seperti dekat dan menuturkan kata-katamu seperti dulu...
Terbayang wajahmu ketawa, manja, lucu dan amarah api menyala...
Rasa seperti kau sedang berlegar-legar berdrama dihadapanku...
Semua itu membuatkan aku rindu...

Hati selalu berharap agar kau aku temui lagi...
Walaupun aku sendiri tahu apa kebarangkalian yang akan terjadi...
Bukan kita yang memutuskan untuk tidak bersama...
Cuma kita dalam situasi yang berbeza...
Dalam ketika kau tidak lagi mengingati aku...
Aku juga cuba untuk tidak lagi mengingati kau...
Tapi dalam putaran jam menongkah waktu kadangkala...
Muncul wajah kau dan kisah kau...
Yang membuatkan aku rindu dan kasih kepadamu...
Aku sentiasa berharap, tapi aku tidak menaruh harapan...

Thursday, November 7, 2013

Cockroach Haters!

"Hello, keep me as your pet please!"

Aaaaa, oh my god! Get away you
motherfucker cockroach!
"Kita lelaki gagah tak cemas berdepan dengan lipas besar bapak ditepi tangga, tapi yang membuatkan kita turut sama terbabit yang mungkin dianggap mengganggu wanita-wanita dikawasan tangga ofis ternyata satu masalah yang lebih besar dari lipas tersebut. C'mon ladies, lipas tu tak makan kaki awak la. Janganlah menjerit-jerit depan saya. Karang saya kutip masuk dalam mulut awak baru tau. Haha."

(Kadang-kadang melihatkan perempuan-perempuan ni takut lipas seronok jugak menyakat. Lagi dia menjerit, lagi aku kacau kutip baling lipas tu kat kepala dia. Waaa...so, happening!)

Wednesday, October 30, 2013

#Throwback



May Our Friendship Will Lasting Forever

Rindu kat mereka2 ni masa zaman Matrikulasi dulu. 
Super8Love Malacca 2010. Daku abadikan collage ini untuk mereka.
Entah hari ni ada kerajinan nak selak-selak folder gambar lama. 
Bila tengok balik gambar-gambar lama, teringat...sangat teringat.
My best memories with them.. 8 of them: 
Abg Faris, Kak Anisah, Izzudin, Rafeeqa, Nabilah, Hannah, Rifhanissa dan Tajuddin.
Dioranglah yang mengisi kenangan selama aku berada di sana.
Gelak-tawa, makan bersama, ke kelas bersama, sedih bersama, berkongsi kisah.
Semua itu aku masih ingat. Indah sangat ketika itu. Rasa mahu berulang lagi.
Alhamdulillah, buat masa ni aku masih berhubung dengan mereka-mereka ini.
Walaupun mereka berada jauh dari aku, aku sentiasa ingat dan rindu mereka.

Nah, aku buatkan khas untuk korang. 


With Love;
Mag Jr Shomei

Friday, October 25, 2013

Tak Perlu Sorok Jika Bukti Dah Ada!

Dalam berkawan kejujuran dan kepercayaan itu penting.
Siapa diri anda, apa yang anda fikirkan, apa yang anda rasakan.
Katakan sajalah, tak perlu berselindung. Yakini rakan anda percaya.
Perbuatan konon-konon mengaburi kepercayaan rakan lain sangat bahaya.
Saya ulangi BAHAYA! Kerana apa?
Macam mana jika rakan anda awal-awal lagi sudah dapat menghidu?
Cuma rakan anda sengaja merahsiakan siapa diri anda.
Gara-gara menjaga air muka dan perasaan anda.

Masih hendak bermain tarik tali? 
Sudahlah, rakan yang baik akan sudi mendengar masalah.
Rakan yang baik akan sudi menerima baik & buruk diri anda.
Perbuatan berlagak "nerd" atau "bajet innocent" itu tak kemana.
Kami sudah tau. Mengaku sajalah. atau cara mudah "join our club".
Kami terima anda sebagai junior baru. 
HaHaHaHa.

Tuesday, October 22, 2013

lelaki sunyi...macam ni lah!

Java Programming:

import javax.swing.JOptionPane;
public class Mari_Berkenalan{
public static void main (String[] args){
JOptionPane.showInputDialog(null,"Nama saya Mag Jr Shomei. Umur 22, yang penting saya single. Eh?","Siapa Nak Berkenalan Dengan Saya?", JOptionPane.INFORMATION_MESSAGE);}
}

Run:

Tuesday, October 8, 2013

Permainan Hati

Ini sebagai satu permainan.
Berkali-kali kau cuba tepis, membuangnya ketepi,
Semakin rancak ia datang menyentak-nyentak jiwa kau.
Ya, di bibir dan dihati boleh saja katakan kau cintai dan sayangi dia sampai mati,
Tapi akal dan perilakumu kelihatan indah membuai nafsu.

Gasaklah beberapa ribu kalipun tohmahan mengatakan kau sudah curangi cintamu,
Dibibir dan dihatimu bermati-matian mengatakan cinta dan sayangmu hanya untuk dia.
Tapi hakikat yang boleh dilihat kau bermain asmara dengan dia dan lain-lain.
Setiakah itu? Cukupkah pengorbanan penantianmu?
Kau jawab sendiri. Kau nilai sendiri. Kau sedarlah sendiri.

Sunday, September 15, 2013

Famous blogger kini tiada?

IPOH 15 September 2013. - Dulu blogger ni rajin update pasal kisah-kisah dia. Apa yang dia rasa, apa yang dia lalui, apa yang nak kongsikan & apa yang dia nak gosipkan. Tapi sejak dia kehilangan seseorang yang dia rasakan pemberi semangat dalam dia melalui hari-harinya, kini dia kehilangan coretan yang dulu menjadi hasil nukilan murni hatinya. Rasanya orang itu mesti seorang yang sangat berharga dalam hati dia. 

Ada teman-teman blogger bertanya mengapa blogger itu tidak lagi menulis? Tambah pula novel mayanya juga tidak lagi bernafas. Kenapa ya? Itu yang bermain dalam fikiran teman-teman blogger dan juga pembaca. Sebenarnya, blogger itu berehat sementara selama beberapa bulan kerana ingin membawa hatinya yang kian dilanda penyakit. Penyakit apa? Biarlah blogger itu yang mengetahuinya. Tapi blogger itu ada meninggalkan beberapa pesanan. Berikut adalah pesanan blogger tersebut:

"Terima kasih kepada pembaca-pembaca & teman blogger yang masih lagi mengambil peduli akan saya. Maaf terlebih dahulu saya mohon kerana tidak lagi aktif mencoretkan kisah di sini (Blog Bicara Menjadi Tinta). Saya ingin berehat sebentar selama yang mungkin untuk membawa hati saya yang kini sakit. Sakit apa itu biarlah sayan saja yang tahu. Saya akan kembali blogging seperti dulu & saya harap pembaca sabar menanti. Ini adalah coretan saya yang seterusnya sebagai penyuntik semangat untuk berblogging selepas ini. Terima kasih atas sokongan selama ini."

Tuesday, September 10, 2013

3 Bulan Untuk Latihan Industri Di Ipoh

Hampir 1 bulan dah aku kat GW Intech, Meru Raya, Ipoh, Perak DR.
Kerja aku macam biasalah install & upgrade system PC.
Buat masa ni tak banyak pun kerja sebagai budak internship kat sini.
Tapi tunggu lah bulan kedua nanti...
Aku pun tak larat nak update panjang2 pasal LI ni sebab semuanya aku dah catat dalam buku log.
Jadi aku kasi gambar kitorang budak2 LI jelah okey...

Outstation LI ke Kuala Kangsar, Perak DR. (Dari kiri: Shafiqah, Uzair, Nabilah, Mag_Jr, Aifa & Afzal)


Sunday, March 31, 2013

Trust

Ya, kau katakan kepercayaan itu penting...
Tapi pernah kau tanya diri kau, kau percayakan kami?
Ataupun, kau percaya pada diri kau?
Entahlah...kau sendiri tak mampu jawab.
Paling tidak kau kata ini privasi aku, ini rahsia aku dan bla...bla...bla!

Kau rasakan kami tidak mempercayai kau...
Kau rasakan kami tidak mahu menjadi teman sepermainan kau...
Sedangkan kau tidak pernah bertanya, salahkah diri kau pada mata kami.
Ya, kami mengaku kami bukanlah mulia yang boleh diangkat ke langit dengan mudah...
Ya, kami sedar jikalau ada perumpaan mengatakan kita semua 2 X 5 = 10...
Kerana itu kau ego, perasan lebih, bajet & segala kata-kata kau perfect...

Kami hidu penipuan kau, kami nampak penipuan kau...
Tapi kau tidak putus-putus buat kesilapan yang sama...
Bukan kami tak pernah tegur, sudah kami ingatkan...
Kau tetap dengan cara kau, sebab itu orang lain pergi dari kau, kau FAKE.

Kemudian kini kau katakan tentang kepercayaan...
Kau rasakan kami ini berbeza seperti insan lain yang kau amati...
Kau fikirkan kami ini menghukum jiwa & nilai persahabatan kau
...
Sebenarnya, kepercayaan terhadap itu sendiri yang telah hilang dalam benak kami...
Kau perangkap diri kau sendiri, dan kau jatuhkan diri kau dalam azab yang hitam...
Jadi mengapa perlu kami rasa bersalah?

Kepercayaan tidak boleh dibuat main. Sekadar gambar hiasan.

Friday, March 29, 2013

Merokok untuk apa? Jawab!!!

[Adaptasi Facebook : Mag Jr Shomei]
Aku tak suka orang merokok. Maaf aku terlalu jujur. Dan paling-paling aku tak suka kalau orang yang aku sayang merokok juga. 

"Melihat kamu indah menyedut setiap inci kenikmatan puntung itu membuatkan aku tersenyum & tidak sekalipun membantah, tetapi tahukah kamu dalam hatiku membencimu kerana tidak pernah memikirkan perasaan aku yang aku sangat membimbangi kesihatanmu itu."

p/s: Sudah-sudahlah merokok. Carilah jalan berhenti saja. Ataupun berhenti saja dengan aku. Habis cerita.Adakah aku dianggap mengongkong hidup seseorang dengan cara begini? 

Thursday, March 28, 2013

Hariku yang berulang-ulang

Selalunya kita kata semalam lain, hari ini lain, esok tentu lain...
Tapi macam mana kalau kita sedar yang hari ini adalah sama seperti semalam?
Dejavu kah kita? Ataupun kita yang rancang ia akan berlaku sebegitu?
Tidak bukan? Jadi apa semua itu.

Hari ini (sebenarnya dah lama perhati...)
Aku mengalami hari-hari yang sama dengan kisah lama aku...
Semuanya akan terjadi bila aku berjumpa atau bersama seseorang...
Kejadian itu akan berlaku, secara terang-terangan ataupun secara tersembunyi...
Terpulang pada aku sama ada nak perasan atau tidak.

Aku pernah cerita yang dulu aku kenal seseorang namanya K bukan?
Ya dia...kisah dia dengan aku masih kekal dalam ingatan sampai sekarang...
Aku masih ingat cara dia bercakap, gerak gaya & perlakuan dia...
Aku cadang nak lupakan saja semua itu. Ya, sedikit sebanyak ia berjaya juga...
Tapi, ada juga yang masih tertinggal.

Setelah beberapa tahun aku lupakan dia...kini ada pula yang muncul...
Cara bercakap & sikap dia 50% sama macam K tu...
Tersentak aku bila dengar, terus aku teringat kisah lama...
Adakah ia sedang muncul & mengembalikan cerita lama menjadi episod baru?
Adakah ia hadir kerana aku terlalu rindu & ingin sangat bertermu K?
Lalu zaman memberi aku peluang untuk bertemu semula kisah lama aku?
Banyaknya persoalan....Arghh, berkecamuk fikiran aku. 
Kenapa dia ni hadir? 
Kebetulan pula semasa dia bercakap dengan aku lagu yang aku pasangkan
di earphone berdendang dengan lagu yang aku dengan K pernah dengar bersama dulu...
Apakah semua itu?

Sunday, March 17, 2013

Yang Ada Tak Mungkin Memadai

Aku ada terjumpa satu kata-kata ni dari Book of Quotes yang aku amek dari Facebook.
Bila aku baca & amati betul-betul kata-kata tu...ada benarnya.
Aku lebih rela kehilangan apa yang aku ada depan mata aku...
Lagi-lagi yang tak berharga & hanya beri racun kepada aku...


Dia sangat jauh dari aku sekarang...aku keseorangan...
Aku masih ingat segala kebaikan & kenangan manis aku dengan dia...
Walaupun jauh aku tak pernah lupa...segala kebaikan dia...
Hingga kini masih tersemat dalam ingatan...


Wednesday, March 13, 2013

Rezeki Dari Allah Hari Ini.

Baik aku post entri baru sebelum aku tidur kejap lagi...
Alhamdulillah...Allah berikan aku rahmat & rezeki yang terbaik...
Girang sangat hati ni, rasa macam indah, macam sempurna pulak...

Dari pagi aku rasa cuak sebab hari ini aku ada pitching...
Project aku "Paddy Defect Detection Intelligent Kit" masuk pertandingan...
Pertandingan peringkat UiTM anjuran MASMED...
Jadi hari ini aku kena buat presentation pasal project ni...
Mula-mula aku tak expect untuk menang ataupun buat secara perfect...

Tapi akhirnya, masa pengumuman pemenang...Project kami dapat 1st Place!!!
Wow! Macam tak percaya...aku langsung tak excited, sebab tak jangka...
Tapi lepas semua orang tepuk tangan & group member aku mula seronok...
Baru aku perasan, ya...project kami berjaya!!!
Alhamdulillah...syukur sangat, berbaloi usaha 'Atifah & 'Umar tu jugak...

Masa sesi bergambar, Opie yang keje kat Sibu tu call aku...
Dia cakap dia datang Shah Alam & dia nak jumpa aku...
Oh God! Apa semua ni? Opie yang dah berapa bulan aku tak jumpa...
Akhirnya datang nak jumpa aku hari ni? Rezeki Allah...Alhamdulillah...
Dapatlah aku kongsikan kejayaan aku kat dia...

Tak sampai berapa minit, my BFF aku Faeez pulak call...
Dia tanya pasal percutian aku ke Penang bulan 4 ni...
Dan dia nak balik rumah minggu depan, so kami boleh jumpa...
Ya Allah, ini satu lagi kebahagiaan...Dapat aku kongsi kegembiraan aku...

Cuma pengakhir hari ini agak sedih jugaklah...
Opie jumpa aku sekejap je, dia pun dah nak balik Sibu semula...
Entah bila lagi aku dapat jumpa dia lagi...oh mesti rindu nanti...
Tapi takpelah, ada rezeki jumpalah lagi...
Semoga dia kerja sungguh2, dan berjaya...

Okey, dah takde apa-apa nak cerita...aku bagi gambar jelah...

We are from Paddy Rescuer team

Inilah hadiah wang tunai yang kami dapat...Alhamdulillah.

Our beloved Project Advisor, terima kasih atas 100% support dari Dr. 

Mag Jr Shomei pemenang kali ni...

'Umar Rasydan selaku product & technology manager

'Atifah selaku Resources Management manager
Alhamdulillah...tak pernah rasa menang besar sejak mulakan pengajian kat UiTM ni...inilah hadiah yang paling terbaik buat masa ni untuk sisa-sisa terakhir nak bergelar graduan hujung tahun ni. Yang penting Department Intelligent System sapu habis. Tersenyum lebar Dekan Fakulti. Tahniah.

Monday, March 4, 2013

Ketika kita ada segalanya...Ketika tiada?

Boleh jawab ketika kita tiada apa2?
Ya, kita mampu jawab & merungut dengan segala benda...
Kita salah itu ini, kita persoalkan mengapa, mengapa & mengapa...
Tapi adakah kita pernah fikir apa jawapan kita bila ada segalanya?
Kebanyakkannya tidak bukan?
Kita hanyut dalamnya, kita lupa perkara sebelum, semasa & akan datang...
Kita dalam zon selesa...

Aku pernah rasa saat aku ada kawan...kawan yang selalu ada...
Aku rasa seperti aku hidup & bernyawa...gembira sentiasa...
Aku tak peduli langsung apa yang terjadi pada orang lain...
Aku fikir tentang diri aku sahaja...

Kemudian kini aku tiada semua itu lagi...
Tinggal aku keseorangan...walaupun dikeliling aku mereka ada...
Tapi sayangnya mereka tidak seperti kawan2 yang menjadi inspirasi...
Semuanya mengambil kesempatan...membuat puak yang entah apa tujuannya...
Tapi aku tidak seperti mereka...lalu aku pergi dari mereka...
Sehingga kini aku tiada kawan, kawan yang betul2 menjadi inspirasi...

Entalah...biarlah aku begini...
Mungkin dimasa akan datang lebih mencabar...
Lebih baik aku bersedia dari sekarang...
Tak lama lagi aku juga akan keluar dari sini...
Menjadi graduan idaman & kejaran semua industri...
In Sha Allah...

Friday, February 15, 2013

Ini yang terbaik - Alhamdulillah

Sejak beberapa hari dulu aku dok termimpi2 result exam aku...
Dalam mimpi tu aku dapat 3.0 keatas, tapi hanya mainan mimpi jelah...
Dalam kepenatan kat rumah jadi Fulltime Babysitter, terkira2 gak tarikh keramat...
Entah berapa la result exam aku?

Kemudian semalam handphone aku dirosakkan Little Princess kat rumah....
Di syok dok baling-baling handphone murah aku dan.....cemas!
Aku check kat handphone aku memory store phone aku rosak (cannot detect memory)
Semua phone memory hilang, memory card pun tak dapat detect...sedih!
Tertekan...nak nangis tapi tak mampu...tak keluar air mata...
Bukan apa, sayangnya gambar kenangan tak dpt transfer lagi!!!!
Lagi-lagi gambar kenangan Opie Konvo hari tu. Itu paling penting...penting! penting!
Aku nangis merengek kat umah Faeez je.

Tapi hari ini, tarikh keramat tu dah tiba...15/2/2013
Mari check result exam...neves & tak tentu arah aku...
Penat aku refresh2 email aku...tak jugak keluar2...
Dengki pulak tengok ramai budak UiTM dah dapat result...
Akhirnya penantian aku berakhir pada pukul 1.48A.M...scroll email tu...
Dan nampak ini!
Terkejut tak kalau tengok macam ni. Dua kali aku termuntah!
Inilah keputusan yang paling terbaik...bersyukur aku tak terhingga padaNYA...
Thanks MyBFF, Classmates, kawan2 yg lain sanggup mengharungi susah payah ni...
Orang yang pertama tau Faeez, kedua My Mom...khabar yang paling gembira...
Terkejut gila aku tengok result ni...tak percaya, byk kali aku mengucap...
Apa2 pun aku bersyukur...perlukan usaha yang lebih untuk semester depan...
Sehingga berjaya di hari graduasi nanti...In Sha Allah!

Sunday, February 10, 2013

Putus

Ini bukan kisah aku putus cinta atau apa...
Sekadar perumpamaan kisah aku pada hari ni yang aku putus hubungan komunikasi...
Aku faham bukan mudah nak ada byk komitmen bila dah berjauhan ni...
Tapi ini kes SuperBerjauhan...jauhnya bukan setakat setapak dua tapak...
Tapi bertapak-tapak...

Dulu ada jugaklah tahun lepas sebulan sekali dapat panggilan...
Punyalah tak sangka dapat panggilan istimewa bukan calang-calang panggilan...
Akhir tahun lepas dan bulan-bulan tahun ni tak ada dah panggilan tu...
Tapi aku tak salahkan pun, itu hak masing-masing nak buat apa-apa kan?
Jadi aku anggap jelah kalau ada, peluang...kalau takde, mungkin sibuk...

Bukanlah nak burukkan pasal itu tu...tapi aku rasakan inilah agaknya perasaan...
Perasaan bila berjauhan kan? Berjauhan dengan keluarga, kekasih & kawan2...
Tapi apa nak buat, dah itu satu tanggungjawab, urusan penting kita kena korbankan...
Jadi buat anda yang jauh disana, berusahalah & selamat berjaya...
Pengorbanan anda akan menjadi satu erti yang cukup bermakna nanti...
Semoga sihat selalu & jaga diri...ada peluang nanti, pulanglah juga..... =)

Thursday, January 10, 2013

Pengantin Muda

Ha? siapa pulak nak kawin ni?
Yang pasti bukan aku okey..hahaha...
Ini kisah member aku yang nak kawin.
Umur sebaya 22 tahun. Dah nak kawin.
Tapi ada masalah, dilema patut kawin sekarang ke tak?

Aku memang tak pernah terfikir pasal kawin dlm hidup aku...
Tapi bila dengar cerita & melihat situasi, indahnya perkahwinan...
(I meant...persiapan perkahwinan...bukan setelah kawin)
Tak dapat aku bayangkan member aku tengah kawin apatah lagi dah kawin...
Dengan pakai baju pengantin, bersama dengan isteri dia....hahahaha... =D

Tengok member aku tu biasa2 je, tak la nampak galak sangat nak kawin...
Cuma banyak aweks2 tu biasalah, Lelaki! Dasar.......&^%$#@
Tapi untunglah muka hensem, kulit putih, keluarga berada, memikat...
(oh my Megat...kau describe dia terlalu charming...sudah! sudah!)
Dalam banyak2 aweks yang dia kenal...akhirnya yang satu itu jugalah pilihan dia.
Tahniah! Semoga berbahagialah kau dengan bakal isteri...

Tapi kata dia pula, dia dilema...keluarga dia tak galakkan dia kawin dalam usia muda.
Yelah, aku pun setuju...degree pun tak habis lagi, duit takde, keje takde, harta pun takde.
Setakat nak harapkan parents...sampai mana je boleh support.
Tapi keluarga bakal isteri dah setuju nak kawin. Mula nak persiapkan macam2 bagai.
Adoi, aku pun tak tau macam mana nak advice member aku...
Hanya cakap "persiapkanlah diri dengan agama, kewangan, pelajaran & lain2"
Wahhhh..macam pakar perundingan perkahwinan pulak kan?

Aku rasa bagi orang yg bakal bergelar Pengantin Muda ni kena banyak persiapkan diri...
Takut kecundang ditengah jalan, mula2 rancak je nak plan itu ini sbg target...
Sekali pelamin anganku musnah pulak...katanya tiada persefahaman...
Rugi je...kan masing2 dah susah. Bercerai diusia muda.
Jadi apa2 pun selamat berkahwin la memberku...
Semoga bahagia bersama dunia akhirat.

#aku tengah bayangkan member aku tu dalam mode kawin. Hahaha...
#Plus dia suruh rahsiakan perkara ni selagi dia tak bagi green light canang kat orang!

Tuesday, January 1, 2013

Aku: 22

Oh mendongak aku tengok bunya api live dari I-City Shah Alam.
Letupan boleh dengar sampai Kolej Perindu.
Aku tak keluar mana-mana pun, hanya study saja.
Tapi sempat jugak menggedik dengan member lain tengok bunga api dari Perindu 2.

Aku tak sedih aku tak rasa seronok sangat tinggalkan 2012 dan menjemput 2013.
Bagi aku kedatangan tahun-tahun baru itu akan membuka lembaran baru.
Jadi aku menanti saja apa yang akan terjadi dihari-hari aku.
Cuma bunga api tahun baru saja yang mengembalikan kisah2 lama...

Bermula dari awal 2012, perasaan menempuh peperiksaan akhir semester,
Konflik dalaman antara aku - kau - dia, kisah yg penuh air mata,
Percutian pertama ke Beijing, China bersama dia-mereka yg ku sayang,
Kenangan indah yang paling tak boleh aku lupakan,
Bermula semester 4 dengan kenangan2 di fakulti,
Perjalanan menempuh konflik yang masih tidak berkesudahan,
Penuh pengorbanan untuk mengadili keduanya,
Peperiksaan akhir semester kembali lagi,
Kenangan-kenangan terakhir dengan dia sebelum berangkat merentas lautan,
Bulan puasa yang penuh rasa kehibaan & penuh penantian,
Hari raya umpama menunggu insan yang tidak pulang-pulang,
Semester baru "aku bergelar pelajar tahun akhir",
Percutian ke Sandakan-Tawau, Sabah,
Berjumpa dengan dia yg baru pulang dari Malaysia Timur,
Istiadat Konvokesyen UiTM ke-77, Opie dah ber-graduate,
Persiapan Proposal-Final Year Project,
Hingga akhir 2012, study week untuk peperiksaan akhir semester.

Itu dia senarai pendek sepanjang perjalanan 2012 yang aku masih ingat.
Dan hari ini sudah masuk 2013, aku 22 tahun.
Apa lagi kenangan yang bakal tiba untuk aku?