Tuesday, January 24, 2012

Happy Chinese New Year (Shanghai-Beijing)

-Banner Program kami-
Memang wajarlah aku ucapkan Happy Chinese New Year bila dah sampai nanti...
Actually, pukul 5 petang nanti aku akan terbang ke negara China...
Untunglah aku dapat beraya kat sana...
Chinese New Year kat negara asal China...
Moga-moga perjalanan kami selamat dan dirahmati...
I will always miciu mom & dad...
Thanks coz support duit belanja nak pegi China nanti...
Insyaallah, ade rezeki lebih adelah ole-ole untuk mom & dad...
Hehe..ni program international kedua JPK Perindu 2011
Dulu dah jejak Thailand, sekarang terbang jauh sikit ke negara China...
Apa yang aku harapkan adalah aku nak kenangan manis...
Segala kenangan manis dengan mereka yang aku sayang...
Oklah, sampai disini saja coretan...aku belum packing baju lagi...
Sehingga berjumpa di lain entry...Salam~

Sunday, January 15, 2012

Di-attack dengan kucing!

Sumpah, now aku dah balik bilik pun aku rasa malu ya amat...
Teringat kisah beberapa minit yang lalu...
Hanya peristiwa di-attack kucing jalanan kat kedai makan Sani Char Kuey Teow (Sek 7)
Aku tak ade ape dosa pun kat kucing tu...kenapalah dia attack aku?
Actually, kucing tu tak cederakan aku pun...
Mahupun mengakibatkan luka parah...aku cuma merah muka...tahan malu!!!!
Sedang aku 'skema' baca lecturer note untuk exam Info.System esok...
Dengan hidangan lazat Char Kuey Teow belum berusik...
Aku didatangi seekor binatang sombong bertelinga capang dan bermata poyo...
Binatang itu dinamakan: KUCING (eng: Cat)
Masalah binatang 'masuk air gemok kat kepala' ni sangat lahanat...
Sedang aku sedap menikmati udara malam...
Tiba-tiba dia meluru dekat dengan kaki aku...(dalam bahasa jenayah: attack)
Bunyi dia cukup menggerunkan...aku apalagi, menjerit kat situ jugak...
Menggelabi sampai terhentak tangan kat bawah meja...
Semua orang terkejut...dan PANDANG AKU!
Aku terus tutup muka dan ada ayat2 sinis bersuara kat sekitar aku...
"Kalau kat restoran ni, aku memang dah tak kenal ko sape dah...!"
So, aku berlagak tenang...dalam hati: CELAKA KO KUCING!
Ko dah kasi malu aku..."shuhhh..pegi main jauh-jauh"

Seyes, memang malam ni malu besar...Kucing punya hal!

Aku suka tengok suami orang

Ahh korang, pantang aku buat statement macam ni laju je nak tembak aku kan?
Tunggu la aku habis kan ayat aku...tajuk kat atas ni tak sempat nak taip penuh...
Internet problem (haha...celaka, dan dan je aku kan?)
Aku baru je balik dari merayau kat Sek24 Shah Alam (ce teka, kat mana?)
Berani mati aku merayau sedangkan pagi ni kul 9 aku ade exam Calculus.
Aku bosan dan aku rasa tensen dengan soalan...so aku nak merayau...
Opsss...sorry, aku dah merepek jauh...mari kita cerita tentang suami orang nak? nak?

Tadi masa aku keluar merayau, aku nampak ramai orang...
Kemudian ade sepasang mata (tidak sesuai untuk orang buta) ni tenung aku lama2...
Aku perasan sape tu...sorang budak promoter Digi kat situ...
Dia pandang aku semacam je...aku tengok la baju aku...tak kena ke? tak cukup melaram ke?
Dia pandang lagi...kali ni aku pun balas pandang balik...(ape ingat aku tak berani?)
Tapi disebabkan aku perasan pandangan dia tu sangat 'sesuatu', so aku............
Cover line la (gaya macam Bella Swan masa Edward Cullens pandang...)
Sorry, "I tak nak...I setia dan sudah berpunya!"

Maaflah korang, kisah tu pun bukan motif tajuk kat atas...hahahaha...
Sebenarnya, "Aku suka tengok suami orang yang pegangkan handbag isteri mereka"
Dan aku suka tengok pasangan yang dah kawen tu...
Sweet sangat...lagi2 husband dia...siap galaskan handbag wife dia...
Memang lelaki berkawen ni buang jauh perasaan malu sebab pegang handbag wanita...
Semua tu untuk isteri tercinta...
Kalau aku ade awek, dan awek aku tu mintak aku pegangkan handbag dia,
mampus aku takkan pegang...segan ok? nanti wartawan nampak dorang kata aku Queer!
Tapi memang penyayang kan lelaki berkawen ni kan?

So bila pulak 'turn' aku?
Erm...kejap, tengah pikir...mau ke aku kawen?

Thursday, January 12, 2012

Aku dah tau .... memang macam tu!

Bila kita berdua cerita tentang KAWAN...
Ya, kau memang mengaku aku kawan kau...
Bila kita berdua cuba puisikan tentang PERSAHABATAN...
Maaf, kau akan berkata: "kau tak amek port untuk itu pun...kita masih kawan" kata kau...
Sebab tu kau tak pernah adil kat aku...
Sebab tu kau tak pernah faham aku...
Sebab tu kau tak ambil kesah dengan aku...
Sebab tu kau tak akan kenal sekenal kenalnya diri aku...
Sebab kau pegang hukum dunia yang bertajuk: KAWAN...
Prinsip KAWAN ialah: ia datang dan ia pergi, dan ia penting dan ia perlu...
Bukannya PERSAHABATAN...
Prinsipnya:

"ia tak mati, ia tali yang kuat, sanggup meletakkan diri seperti dia, sanggup berkongsi,
boleh menjadi peneman, pembantu, penguat rasa semangat, sanggup menanggung,
ia rasa yang cukup terbaik...selepas rasa terhadapNYA..."

Kau hanya seronok menambah KAWAN...
Bukan seronok menyimpan PERSAHABATAN...

Terima kasih kalau kau pernah adili aku begini...
Aku untung dapat KAWAN macam kau...selama ini...

Monday, January 9, 2012

Ia dah tak seperti dulu..Aku tahu itu!

Apa yang tak seperti dulu tu?
Entahlah...aku pun tak tau macam mana nak terangkan...
Perasaan, pertuturan tidak sama dengan Penulisan...
Jadi semua ini adalah tentang perasaan, maka penulisan tiada ruang baginya...
Aku cuba menukarkan nya dalam bentuk penulisan...
Sehingga kini tak dapat ditafsir apa perasaan tadi...sekejap tadi...

Baru tadi bertembung dengan dia...
Pada awalnya aku hendak bukakan mulut...
Hanya terfikir untuk sebut nama dia..dan bertanya khabar...
Tetapi melihatkan dia yang memalingkan wajah
Dan lagaknya yang memang bencikan aku...aku terkaku disitu...
Diam tak berbahasa...

Aku sudah cuba untuk memperbaiki apa yang telah aku rosakkan...
Ternyata usaha tiada jayanya...dia pun dah tak peduli...
Kenapa susah kali ni ya?
Dulu dia juga sanggup nak mengembalikan keadaan yang gawat ini...
Dulu dia juga yang sanggup bertahan walau perasaan terhiris...
Dulu dia juga sanggup mengalah dengan api dan bara...
Dulu dia juga sanggup membuka seluasnya peluang...
Pada ketika itu aku yang ternyata salah...

Tapi kali ini...hari ini..dan detik ini...
Semua itu, dia tutupkan...tiada lagi peluang untuk aku...
Peluang untuk aku yakinkan dia...
BAHAWA aku mengaku setiap kesalahan dan dosa aku...
Ternyata dia sudah pergi...kerana dia bukan seperti dulu...

Saturday, January 7, 2012

Aku masih ingat~

Sekarang lagu Love Like Woe sedang ligat bermain kat my sayang Blackey...
Kemudian aku bukak profile page aku kat fb...then....
Aku nampak gambar tu...gambar yang pertama kali aku tengok...
Seorang kawan...dengan lagu Love Like Woe-The Ready Set seiringan...
Tiba-tiba kenangan lama datang balik...
Hari pertama kita kenal dan menjadi KAWAN...
Dan masa tu jugak aku mula suka lagu Love Like Woe ni...lagu ni macam lagu tema pulak ek?
Changing phone number and start say Hello!
Mungkinkah akan berulang semula...peristiwa boleh reverse balik tak eh?

Aku-Afif, dalam peristiwa itu...mungkin Afif ko pun boleh ingat lagi  kenapa lagu tu wujud?


    

Thursday, January 5, 2012

2011 takkan sama 2012!



Dalam tak harapkan 2012 tu hadir ia hadir juga...

Itu kuasa NYA...DIA yang berhak tentukan...aku siapa?
Pernah satu masa dulu berharapkan 2011 tu akan kekal lama...
Cuma aku tak sedar, 1 tahun hanya ada 12 bulan...
Dan dalam 1 tahun itu hanya ada 365 hari...
Paling ketara sekali 1 hari hanya ada 24 jam!
Semua itu tak lama...hanya seperti membilang nombor...
Entahlah, ketika ini 2011 masih terasa ada..
Kini 5 hari sudah 2012, rasanya macam baru 5 Januari 2011...
Tidak sedar aku sudah dalam zaman yang sudah 1 tahun kehadapan...
Kenapa 2011 tak boleh nak pergi dengan mudah?
Kalau nak kembalikan pun, bukan boleh...belum ada lagi wujud mesin masa pun...
Hanya fiksyen cerita dongeng kat TV je yang ada...
Bercelaru pulak fikiran ni...aku belum dapat adapt lagi aku sudah 2012...
Satu lagi zaman aku yang baru...hidup aku yang baru...
Tapi kenapa aku biarkan diri aku diselubungi 2011?
Aku pun tak ada jawapan....

Tuesday, January 3, 2012

Malas nak study~Layan Novel jap!

Seyes, memang aku malas giler nak study CTU553: Hubungan Etnik nih...asal tengok je buku tu aku jadi mengantuk...tp bila dah start baca, suka lak. Pagi tadi aku pegi fakulti, akhirnya runtuh juga kesombongan aku kat fakulti masa cuti study week sebab aku langsung tak nak jenguk fakulti sejak abes sesi kuliah hari tu. Kat fakulti tadi lepas jawab test aku pegi cari carry marks aku, kutip test & quiz  aku yang mana lecturer dah siap marking.

Waktu ni pulak, aku baru cadang nak bukak buku nak revise subjek HE untuk exam petang esok, last2 mengada bijik tak larat pulak. Dan dan terus nampak 3 Siri Novel Lagenda Budak Setan kat rak buku aku. "Inilah masanya nak ulang baca semula novel-novel tuh" Then aku terus jelah amek novel LBS: Katerina (Saga2) sebab LBS1 aku dah tengok berulang kali kat TV. Buat masa ni memang ini jelah hasil aku kumpul 3 siri LBS yang ada dalam simpanan aku. Lepas ni nak carik 3 siri buku Ombak Rindu pulak. Nak tengok novel-novel LBS saya? Hehe..dibawah ni:

Novel LBS ni dah mampu menandingi buku Hubungan Etnik yang aku bakal nak exam esok!
INILAH DIA! KOLEKSI LBS~


Lagenda Budak Setan Saga:
Saga 1: Lagenda Budak Setan
Saga 2: Katerina (dalam pasaran cetak saga 3)
Saga 3: Kasyah;Lagenda Berakhir

Aku masih mencari 2 lagi siri novel dari sambungan Ombak Rindu untuk jadikan koleksi aku lepas ni. Sapa-sapa ada info kasi tau ha? Sori, aku memang mat novel jiwangs~hehe

Monday, January 2, 2012

Rindu

Biasanya orang kata kalau rindu mesti berkait dengan orang yang jauh bukan?
Tapi macam mana pula perkaitan dengan kalau kita rindu dengan orang yang dekat?
Dekat tu maknanya ade depan mata, tak jauh beribu batu atau hanya jauh kalau tak contact dengan handphone sahaja?

Entahlah, nampak macam bodoh je perangai aku nih...
Sebab aku rindu orang yang dekat...
Rindu tu akan jadi kalau aku rasa jauh hati dengan orang atau orang lain jauhi aku...
Ermm..rumit gak..

Post ni terjadi sebab dalam kepala aku time ni terfikir about seseorang:
Muhammad 'Afif Khalin!
Yang hanya duduk di tingkat atas, sedangkan aku berada di tingkat bawah...
Entahlah nape idea ni keluar...sedangkan baru malam tadi hang out celebrate New Year 2012 bersama...
Aku pun tak de reason kenapa aku rindu ko Friend...just terfikir pasal ko call aku malam tadi ajak makan, tapi aku tak nak...itu je kot?

Takpelah...permainan perasaan tu. Jadi siapa lagi yang nak aku rindu? Sila listkan nama kat bawah ni:
1)
2)
3)
Tunggu nanti saya text mesej rindu untuk yang isi nama ni eh? hahahaha...