Thursday, August 18, 2011

Novel 'Aku Masih Sayang' telah siap sepenuhnya.

Setelah mengharungi pelbagai dugaan ingatan akhirnya novel sulung aku siap. Insyaallah bulan 10 ni dah boleh dicetak, tapi novel ini untuk bacaan tertutup sahaja. Aku bercadang nak post novel tu kat blog, tapi bak kata my bestiesh Faeez, "takut nanti karya ko diciplak". Erm, macam mana ek? Aku tak nak la publish kat orang ramai, aku belum bersedia untuk itu. Siapalah aku...aku hanya karyawan amatur je...novel ni aku kasi baca kat kawan2 terdekat je dulu...

Masalah yang aku hadapi ialah tak reti nak wat cover novel je. Aku tak reti wat yang fancy2 tuh, bukan apa, orang yang nak baca tu pun kawan2 jew, buat simple2 dah la kan? Photoshop pun aku tak abes belajar, cadang balik cuti sem ni nak mintak MyBro Remy tolong ajarkan. Jadi sebagai kerja bodoh2 aku kat umah yang bosan tu, aku buatlah cover yang simple cam nih...kira menjadilah nih...gambar pun tak der yang sesuai, aku telepon pak cik google aku. Then dia setuju kasi aku gambar nih...terhasillah cover novel aku....taaaraaa!!!!

Tak taulah chantek ke tak..ni jelah yang aku mampu buat...kalau korg ade idea untuk cover nih sila tinggalkan komen anda. Demi perubahan yang lebih matang, saya akan ambil komen anda untuk variasikan lagi novel ni. (kalau photoshop aku dah study habislah!)

Saya umumkan khas kepada seorang blogger yang menipu tarikh besday dia: Fyza Roosli, novel saya telah siap. Sudah siap sediakah kamu nak jadi pembaca karya saya?


Wednesday, August 17, 2011

Tidak Perlu Menipu!

Aku sukakan kejutan, apatah lagi aku sukakan saat yang gembira. Itu sahaja yang boleh menjadi makanan aku disepanjang aku hidup di muka bumi. Bagi aku berkongsi perasaan gembira dan bahagia itu tentu sekali memuaskan hati. Aku tidak pernah merasai satu perasaan yang sangat gembira selama aku celebrate birthday aku sendiri, sebab tarikhnya jatuh pada musim cuti sekolah. Tapi buat pertama kali dan julung2 kali genap usia aku 20 tahun, aku dapat hadiah yang paling bermakna dalam hidup. (baca entry lama..)

Tapi apa yang aku nak ceritakan untuk entry kali ini adalah bukan tentang birthday aku, tapi birthday orang lain. Aku mengaku yang aku tak rasa malu nak letak tarikh lahir aku kat facebook. Terang-terang aku letak 08 June 1991! Supaya semua orang tau...dan yang paling utama, AKU SEORANG YANG SANGAT MENGINGATI TARIKH2 LAHIR INSAN-INSAN YANG ISTIMEWA DALAM HIDUP AKU! kerana itu aku tak boleh lepaskan detik nak ucap selamat hari lahir untuk orang lain. Lagi elok aku ucapkan tepat pada waktunya.

Cuma ada orang yang tak nak orang tau SUDAH BERAPA TUA kah dia. Itu aku hormat dan terima pilihan dia. Itu hak privasi kan? Aku pun tak boleh nak halang. Tapi, paling pantang bila orang yang kita anggap istimewa itu merahsiakan tarikh lahir dan menyeleweng tarikh sendiri...(waterpark?). Kemudiannya aku lah yang jadi si bodoh terhegeh2 nak wish kepada orang yang konon2nya berhari lahir tulah...Rupa2nya, bila dapat tau...TARIKHNYA LAMBAT LAGI!!! bila aku tanya balik kat orang tu, dia kata aku tak alert dengan tarikh hari lahir dia....memang mendatangkan marah aku...selamat aku tak pergi umah hantar hadiah, kalau tak membazir je.

So....apa perasaan korg?

Monday, August 15, 2011

...Bagaikan berada disisinya!

Hari ini aku termenung sendirian...
Entah tidak ku fahami hati ini...
Ia bagaikan satu suara yang memanggil rasa rindu...
Ia tidak mempunyai jasad tetapi perasaan itu hadir berulang kali...
Tidak pernah jemu...

Sudah ku tatapi wajahmu berkali-kali...
Mungkin ia dapat menghilangkan rasa rindu...
Rindu kerana tidak berada bersamamu...
Tetapi ia cuma gambar...tidak bernyawa...
Hanya ilustrasi senyuman dan tawa yang statik tidak bercerita...
Cuma aku yang menatapnya memahami...
Satu gambar menceritakan semua...
Kisah aku, kisah kau dan kisah kita...

Aku rindui saat itu...
Walaupun ia pernah menjadi kenangan pahit...
Yang itu jugalah menjadi ingatan abadi...
Walaupun ia pernah menjadi kenangan manis...
Yang itu jugalah menjadi ingatan terbaik hidupku...
Hanya rentetan memori sahaja yang hadir...berlalu dan pergi...
Datang kembali apabila aku meminta...
Tidak akan mengikutiku setiap masa dan ketika...

Pernahkah aku rasa ia indah sebegini?
Aku tidak cinta, tetapi aku sayang...
Cinta dan sayang itu berbeza bukan?
Harap ia berbeza...janganlah ia bersatu...
Aku takut cinta mengatasi sengalanya...
Hinggakan sayang menjadi mangsa khianat olehnya cinta...

Fikiran ini bercelaru...
Tiada arah tuju...aku buntu...aku keliru...
Apakah rasa ini?
Ketika ini aku masih merenung gambarnya...
Ku sentuh dan kutatap penuh kemas...
Rasa seperti aku benar-benar sedang membelai wajahnya...
Tersentuh dihati ini...
Lalu airmata berjuraian menitis kebumi...
Tiada yang mengerti rasa hati ini...yang tulus ikhlas...
Aku masih ingat...Aku masih merindui...
Itu sahaja yang bermain dalam minda ketika ini...

Saturday, July 30, 2011

Hadiah Hari lahir Yang Paling Istimewa!

Sebelum Julai melabuhkan tirai...aku nak tutup kisah hari lahir aku sebulan yang lepas. Apa hadiah yang aku dapat sampai istimewa sangat tuh? Ini dia: Percutian Ke Bangkok, Thailand (26 Jun - 1 Julai) bersama my sayangs family JPK. Pertama kali & buat julung2 kalinya pada usia aku 20 tahun, aku dapat bercuti luar dari Malaysia pada bulan aku dilahirkan. Hadiah sebegini memang aku tak boleh lupa. Kenangan paling manis. Walaupun semasa percutian tu telah membuatkan aku sedikit kecewa dan menangis 'menjadi yang ketiga' namun segalanya aku rasakan indah. Jujur aku katakan, semasa trip tu secara tidak dirancang kami dah jadi sekepala (Shomei, Opie, Remy, Saad, Mail, Adam, Along dgn Kamil), memang kitorang jela yang sakan bersama2 dalam program tuh. Aku tak nak cerita panjang, just nak ilustrasikan semua ini dengan gambar kenangan. I Love Uolls!


Walaupun apa yang terjadi antara kita...kenangan ini milik kita, jangan sekali dilupai!
Merekalah keluarga, merekalah abg & juga adik, merekalah yg aku sayang, never being replaced!

Friday, July 29, 2011

Tak Minat Bola Sepak, Tapi Berada Di Stadium!

Eeee...dulu kalau cakap pasal bola la...aku memang tak amek port. Bukan feveret aku la nampaknya. Sejak sekolah lagi aku memang benci sukan Bola Sepak. Aku lebih sanggup tergedik-gedik, terloncat-loncat kat court NetBall dengan budak pompuan. Bukan ape, aku tak leh main kasar dalam sebarang games nih. Pernah dulu masa aku tingkatan 3, aku kena paksa main bola sepak, sedangkan masa tuh aku dah berkali menolak. Lepas tuh, cikgu PJK aku paksa & start tengking aku. Aku akur dan masuk padanglah jugak. Main punyer main, tetiba satu sepakan tepat kena kat muka aku. Pergh, dapat tak korg bayangkan betapa nikmatnya muka aku yang comel kena bola berapi tuh? Aku nangis la, then aku kuar padang tanpa bagitau cikgu aku. Then:

"Ko ape pasal keluar padang? nak kena dengan aku?"
"Cikgulah teruk sgt! tak pasal-pasal bola tu kena muka saya, sakit tau. Bencilah macam nih"
"Hey, ko tu jantan...main sikit ko dah nangis. P*nda* betul la ko ni"
"Cikgu dah tau saya tak pandai main, cikgu paksa. Saya tak suka bola sepak nih"
"Kalau ko tak nak main bola, ko nak main ape lagi?" Aku terus bangun & gerak tempat lain.
"Hey, ko nak pegi mana? Kalau aku nampak ko pegi kat budak2 pompuan tu, ko siap!"
"Ade saya kesah???" Cikgu aku tu sakit hati dengar aku perli dia, dia amek ranting kayu nak baling kat aku. Cepat-cepat aku lari.

Tu kisah lama, dan tak sangka...dah 2 kali aku turun stadium tengok bola (stadium UiTM). Dengan semangat & minat yang betul-betul aku tengok bola. Cuma aku masih lagi kaki bangku. Tak pe, jadi penonton pun cukup bagus. Aku boleh tengok pemain Malaysia. Aku tak heran la pasal aku faham ke tak apa yang diorang tgh sepak tuh, tp aku nakkan perasaan & keseronokkan dlm beribu2 orang kat situ. Seyes, aku tak pernah minat bola sepak, tp tengok dengan semangat family JPK and especially Opie yang minat bola giler tahap gaban, aku pun nak cuba, ape best sgt bola sepak nih? Yes, I got it! Setiap gol tu bawak makna, kemenangannya diraikan bersama. Sehinggalah aku kenal warna Kuning-Hitam & Biru Jersi Pasukan Malaysia, siapa itu Harimau Malaya dan sorakan untuk bola sepak. I got it from them: JPK Perindu!

Even malam tadi aku tgok Malaysia vs Singapura kat TV kecik kat Bilik Gerakan JPK, tu pun dah cukup buat aku rasa aku sedang ber-bola sepak (Seronoklah si Opie, Nazrul & Epul kat Stadium Bukit Jalil). Tak kesahlah Malaysia kalah 6-4 dengan Singapura yang byk berlakon sakit tu, tapi tgokkan stadium penuh macam World Cup sebenar pun dah buat aku rasa seronok (walaupun tak dpt pegi stadium). So sekarang, kalau sebut siapa pemain bola sepak Malaysia yang aku kenal, kat kepala aku teringat muka nih :


Safee Sali : Penyerang Terhebat Negara...amboi, sejak ko hero padang nih, femes ko yek?

Aidil Zafuan: Aku minat isteri lawa dia si Rita Rudaini, mestilah aku kenal husbandnya.

Tu jela yang aku betul2 minat & kenal. Yang lain, blom ade market. Owh ya, my fren Fyza Roosli kate dia suka Shahrul Idlan....erm, tak minatlah coz dia xde rambut sgt! Kalau tanya aku pemain bola sepak dunia, aku just teringat nama: Cristiano Ronaldo (howt tuh...), Cesc Fabregas (sempena nama Teddybear aku!), Michael Owen (si tua tuh!) & David Beckam (isteri dia femes dlm spice girls..of coz I minat!)

Tuesday, July 26, 2011

Mungkin Aku Dibenci?

Jawapannya: YA!

Tentu sekali....
Aku tak pernah baik dimata orang...
Aku bukan penting pun bagi sesiapa...
Aku ni macam kertas, mungkin sampah...
Terbiar berterbangan tak de hala tuju...

Sesiapa yang mendekati pun, semuanya nak sakitkan jiwa aku...
Mentang-mentanglah aku paling suka bergembira...
Mereka bantai aku ni mengada2, kuat merajuk, show off dan over sensitif tahap jijik!
Mungkin jika aku beritahu semua manusia diluar sana bahawa aku bukan begitu...
Mereka akan simpati? Mereka akan terus menerima? Mereka akan sokong?
Aku tak pernah rasakan YA! Aku sahaja yang bermati-matian untuk orang lain...
Sedangkan orang lain pernah peduli, tak pernah hargai...BODOH KAN?

Mak aku pernah kata yang aku terlalu sibuk dengan hal orang, suka menyusahkan diri sendiri...
Dan yang paling teruk sekali aku sanggup bermatian untuk orang bukan pada diri...
Mak aku rasa aku cukup tidak mengadili diri sendiri...tapi, dah itu jenis orang macam aku...
Sekarang, apa yang aku buat tu dah jadi rutin, dah jadi pegangan...
'buat sesuatu untuk kebaikan orang...demi kesenangan orang'
Tapi tak sangka aku dah letih dengan semua tu...apabila aku sedar aku BODOH!

Aku hanya sakitkan jiwa aku...aku buat diri aku sendiri menangis...
Aku cukup benci bila aku mula menangis...sebab aku kelihatan lemah...
Tak sangka sekarang aku benci diri aku, aku dah malas nak pikir apa-apa lagi...
Aku biarkan apa sahaja yang berlaku selepas ini...
Hanya kerana hati aku tidak dijaga, perasaan aku tidak dimanja, diri aku tidak dibela...
Aku berundur, tidak mahu lagi menjadi orang yang BODOH macam dulu...
Aku rela.....................MATI!