Saturday, July 30, 2011

Hadiah Hari lahir Yang Paling Istimewa!

Sebelum Julai melabuhkan tirai...aku nak tutup kisah hari lahir aku sebulan yang lepas. Apa hadiah yang aku dapat sampai istimewa sangat tuh? Ini dia: Percutian Ke Bangkok, Thailand (26 Jun - 1 Julai) bersama my sayangs family JPK. Pertama kali & buat julung2 kalinya pada usia aku 20 tahun, aku dapat bercuti luar dari Malaysia pada bulan aku dilahirkan. Hadiah sebegini memang aku tak boleh lupa. Kenangan paling manis. Walaupun semasa percutian tu telah membuatkan aku sedikit kecewa dan menangis 'menjadi yang ketiga' namun segalanya aku rasakan indah. Jujur aku katakan, semasa trip tu secara tidak dirancang kami dah jadi sekepala (Shomei, Opie, Remy, Saad, Mail, Adam, Along dgn Kamil), memang kitorang jela yang sakan bersama2 dalam program tuh. Aku tak nak cerita panjang, just nak ilustrasikan semua ini dengan gambar kenangan. I Love Uolls!


Walaupun apa yang terjadi antara kita...kenangan ini milik kita, jangan sekali dilupai!
Merekalah keluarga, merekalah abg & juga adik, merekalah yg aku sayang, never being replaced!

Friday, July 29, 2011

Tak Minat Bola Sepak, Tapi Berada Di Stadium!

Eeee...dulu kalau cakap pasal bola la...aku memang tak amek port. Bukan feveret aku la nampaknya. Sejak sekolah lagi aku memang benci sukan Bola Sepak. Aku lebih sanggup tergedik-gedik, terloncat-loncat kat court NetBall dengan budak pompuan. Bukan ape, aku tak leh main kasar dalam sebarang games nih. Pernah dulu masa aku tingkatan 3, aku kena paksa main bola sepak, sedangkan masa tuh aku dah berkali menolak. Lepas tuh, cikgu PJK aku paksa & start tengking aku. Aku akur dan masuk padanglah jugak. Main punyer main, tetiba satu sepakan tepat kena kat muka aku. Pergh, dapat tak korg bayangkan betapa nikmatnya muka aku yang comel kena bola berapi tuh? Aku nangis la, then aku kuar padang tanpa bagitau cikgu aku. Then:

"Ko ape pasal keluar padang? nak kena dengan aku?"
"Cikgulah teruk sgt! tak pasal-pasal bola tu kena muka saya, sakit tau. Bencilah macam nih"
"Hey, ko tu jantan...main sikit ko dah nangis. P*nda* betul la ko ni"
"Cikgu dah tau saya tak pandai main, cikgu paksa. Saya tak suka bola sepak nih"
"Kalau ko tak nak main bola, ko nak main ape lagi?" Aku terus bangun & gerak tempat lain.
"Hey, ko nak pegi mana? Kalau aku nampak ko pegi kat budak2 pompuan tu, ko siap!"
"Ade saya kesah???" Cikgu aku tu sakit hati dengar aku perli dia, dia amek ranting kayu nak baling kat aku. Cepat-cepat aku lari.

Tu kisah lama, dan tak sangka...dah 2 kali aku turun stadium tengok bola (stadium UiTM). Dengan semangat & minat yang betul-betul aku tengok bola. Cuma aku masih lagi kaki bangku. Tak pe, jadi penonton pun cukup bagus. Aku boleh tengok pemain Malaysia. Aku tak heran la pasal aku faham ke tak apa yang diorang tgh sepak tuh, tp aku nakkan perasaan & keseronokkan dlm beribu2 orang kat situ. Seyes, aku tak pernah minat bola sepak, tp tengok dengan semangat family JPK and especially Opie yang minat bola giler tahap gaban, aku pun nak cuba, ape best sgt bola sepak nih? Yes, I got it! Setiap gol tu bawak makna, kemenangannya diraikan bersama. Sehinggalah aku kenal warna Kuning-Hitam & Biru Jersi Pasukan Malaysia, siapa itu Harimau Malaya dan sorakan untuk bola sepak. I got it from them: JPK Perindu!

Even malam tadi aku tgok Malaysia vs Singapura kat TV kecik kat Bilik Gerakan JPK, tu pun dah cukup buat aku rasa aku sedang ber-bola sepak (Seronoklah si Opie, Nazrul & Epul kat Stadium Bukit Jalil). Tak kesahlah Malaysia kalah 6-4 dengan Singapura yang byk berlakon sakit tu, tapi tgokkan stadium penuh macam World Cup sebenar pun dah buat aku rasa seronok (walaupun tak dpt pegi stadium). So sekarang, kalau sebut siapa pemain bola sepak Malaysia yang aku kenal, kat kepala aku teringat muka nih :


Safee Sali : Penyerang Terhebat Negara...amboi, sejak ko hero padang nih, femes ko yek?

Aidil Zafuan: Aku minat isteri lawa dia si Rita Rudaini, mestilah aku kenal husbandnya.

Tu jela yang aku betul2 minat & kenal. Yang lain, blom ade market. Owh ya, my fren Fyza Roosli kate dia suka Shahrul Idlan....erm, tak minatlah coz dia xde rambut sgt! Kalau tanya aku pemain bola sepak dunia, aku just teringat nama: Cristiano Ronaldo (howt tuh...), Cesc Fabregas (sempena nama Teddybear aku!), Michael Owen (si tua tuh!) & David Beckam (isteri dia femes dlm spice girls..of coz I minat!)

Tuesday, July 26, 2011

Mungkin Aku Dibenci?

Jawapannya: YA!

Tentu sekali....
Aku tak pernah baik dimata orang...
Aku bukan penting pun bagi sesiapa...
Aku ni macam kertas, mungkin sampah...
Terbiar berterbangan tak de hala tuju...

Sesiapa yang mendekati pun, semuanya nak sakitkan jiwa aku...
Mentang-mentanglah aku paling suka bergembira...
Mereka bantai aku ni mengada2, kuat merajuk, show off dan over sensitif tahap jijik!
Mungkin jika aku beritahu semua manusia diluar sana bahawa aku bukan begitu...
Mereka akan simpati? Mereka akan terus menerima? Mereka akan sokong?
Aku tak pernah rasakan YA! Aku sahaja yang bermati-matian untuk orang lain...
Sedangkan orang lain pernah peduli, tak pernah hargai...BODOH KAN?

Mak aku pernah kata yang aku terlalu sibuk dengan hal orang, suka menyusahkan diri sendiri...
Dan yang paling teruk sekali aku sanggup bermatian untuk orang bukan pada diri...
Mak aku rasa aku cukup tidak mengadili diri sendiri...tapi, dah itu jenis orang macam aku...
Sekarang, apa yang aku buat tu dah jadi rutin, dah jadi pegangan...
'buat sesuatu untuk kebaikan orang...demi kesenangan orang'
Tapi tak sangka aku dah letih dengan semua tu...apabila aku sedar aku BODOH!

Aku hanya sakitkan jiwa aku...aku buat diri aku sendiri menangis...
Aku cukup benci bila aku mula menangis...sebab aku kelihatan lemah...
Tak sangka sekarang aku benci diri aku, aku dah malas nak pikir apa-apa lagi...
Aku biarkan apa sahaja yang berlaku selepas ini...
Hanya kerana hati aku tidak dijaga, perasaan aku tidak dimanja, diri aku tidak dibela...
Aku berundur, tidak mahu lagi menjadi orang yang BODOH macam dulu...
Aku rela.....................MATI!

Sunday, July 24, 2011

Sebuah ITINERARY hati yang luka

21 Julai 2011: Apabila ia telah terjadi ...

[i]
Ia berlaku sangat pantas. Aku sendiri tidak percaya perkara ini boleh terjadi. Hati aku menjadi runsing, kerana apa? aku juga tidak tahu. Sedangkan perkara itu menimpa kepada orang lain. Pada awalnya apabila aku dikhabarkan tentang kejadian ini, aku tidak endahkan dan aku hanya anggap ia hanyalah gurauan dari Remy. Maka aku tidak mahu hadir ke sana melihat kejadian itu.

[ii]
Sehinggalah saat aku pergi kesana, 6 jam selepas kejadian. Aku nampak Opie berjalan keluar. Dengan wajah yang cukup tensen apatah lagi masam mencuka. Aku pelik, mungkinkah apa yang Remy kata tu benar? Aku masuk ke dalam bilik itu, keadaan sangat suram, seperti ada kematian ataupun kemalangan. Aku lihat mereka diam tidak berkata apa-apa, kehadiran aku juga mereka tidak sapa. Lama juga aku memerhatikan perubahan yang berlaku disitu. Aku tenung dan tatap dengan sepenuh pengertian.

[iii]
Aku bencikan saat sebegini. Semua orang seperti sudah tiada nyawa. Mereka tidak bercakap walau satupun. Aku menarik seorang rakanku keluar dari bilik itu. Dan kemudiannya kami berbincang apa yang sedang berlaku itu. Segalanya diceritakan, segala detik yang berlaku hinggalah perasaan yang sedang bermain dijiwa mereka. Aku tidak dapat bernafas, insiden itu betul-betul membuatkan aku rasa tidak berpijak dibumi yang nyata. Benarkah? Mudah pula ketika itu aku hendak menangis. Pelik juga, aku menangis demi orang lain?

[iv]
Aku masuk semula. Dan kini aku hanya bermenungan melihat keadaan mereka yang sugul dan tidak bermaya itu. Kemudiannya Opie masuk dan pergerakan dibilik itu menjadi sedikit beremosi. Bukan emosi dari mereka, tapi aku! Melihatkan wajah dia, aku jadi serba salah. Tidak ada jalankah yang aku boleh bantu. Dia sahabat, juga abangku...mengapa aku tiada daya untuk membantu? Apakah aku hanya bersenang lenang melihat kesakitan dan kelukaan orang lain? Jiwa aku agak tertekan, melihatkan rakan-rakan apatah lagi keluarga aku dilanda masalah sebegitu. Aku hanya diam, sudah puas aku menangis di dalam hati. Aku umpama mati disitu. Aku menjadi batu, tidak tahu berbuat apa-apa.

[v]
Keadaan masih dalam kekusutan. Opie kelihatan risau, tensen dan sedih. Tetapi dia tidak ekspresikan. Aku tahu, aku faham. Kerana aku mahir dalam menginterpretasikan wajah dan perasaan. Bak kata Remy, biar dia tenang dan reda dulu. Jangan biarkan dia terus kusut dengan masalahnya. Aku ikut sahaja nasihat itu. Tapi hakikat diri ini tidak suka melihat kesakitan orang, aku tidak boleh berdiam diri. Tetapi pada waktu itu, diri aku seperti memberi signal supaya aku terus diam disitu. Usah rumitkan apa-apa. Kemudiannya Opie pulang semula kebiliknya. Berat nafas aku ketika itu. Hampa juga pada diri kerana tidak mampu menjadi orang yang dapat menyelesaikan masalah orang lain.

[vii]
Remy pula muncul. Aku melihat dia yang kelihatan agak berkecamuk difikiran. Aku tahu kerana sahabat baik ataupun teman rapatnya Opie dilanda masalah. Aku menjadi seribu kali...bukan seribu, berjuta dan berbilion kasihan dan sedih melihatkan kesemua wajah yang tidak serupa ceria pada waktu itu. Aku penganalisis personaliti pada diri sesiapa sahaja yang berada disitu. Aku lihat Remy seperti tidak tahu apa yang patut dia lakukan. Dia rasa sangat bersalah. Aku rasakan mahu berbicara dengannya, tapi aku masih lagi kaku tidak berkata. Masa untuk makan ketika itu.

[viii]
Orang yang dilanda masalah seperti mereka masih lagi boleh ketawa dan bergurau senda. Aku rasakan mereka ini cukup kuat bertahan dengan dugaan yang datang. Mereka tabah dan sangat sabar dengan apa yang menimpa. Jika aku, mahu sahaja aku menangis tidak henti, menjerit-jerit dan akhirnya pengsan. Tapi, teladan yang aku lihat dari mereka membuatkan aku rasa aku juga kuat seperti mereka. Cuma, wajah Opie masih lagi dalam kebimbangan walaupun dia sedang bergurau senda. Kenapa aku tidak seperti mereka apabila dalam kesusahan? Kenapa aku mudah berputus asa bila datangnya dugaan? Mereka membuatkan aku rasa dalam situasi.

[ix]
Aku masih ingat ungkapan ini: "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

Monday, July 18, 2011

Kenapa mood mudah naik & turun?

Seawal 7.00 Pagi

Mood masih elok kerana sedang bersiap untuk mengembara ke Air Terjun Sungai Gabai.
Lagi-lagi hepi baru lepas amek mybro Remy yang baru smpai dari Kuala Terengganu...
Hang out dengan family JPK, mood ketika ini masih ok sebab semua orang ada...

10.00 Pagi

Mood melonjak naik seronok sebab sedang mandi manda kat Sungai Gabai.
Semua family saling bergurau dan ketawa dengan gembira...
Aku masih dalam perhatian community (family) mereka seronok dgn aku...
Mood agak turun sedikit sebab nak bertukar kawasan mandi, di Port Dickson!

1.00 Tengah hari

Mood turun giler sebab aku penat.
Aku jadi tak tentu hala bila mybro Opie sent mesej "amboi, patut la senyap je, pegi picnic tak bagitau" sedikit sebanyak membuatkan aku rasa bersalah sebab tak bagitau dia aku gi mana...
Aku cerita kat mybro Remy pasal mesej tu, then lepas Remy said: "tak de apa tuh...tak yah reply, dia ok je." Aku jadi sedikit lega, time for the mood to boost up!
Sampai kat Teluk Biru, Port Dickson aku agak moody mula-mula....
Aku teringatkan kisah lama, yang sedih dan yang paling menghantui diri...
Then aku ade Remy dgn Saad giler...gaduh dengan diorang buat aku jadi hepi balik...

8.00 Malam

Mood aku macam orang gila.
Kepala aku berat dan rasa macam nak demam...
Aku layan fb kejap, just nak update notification dgn blog aku...
Sempat upload gambar baru pasal picnic masa tu...
Entah bila la aku dah terlelap...mood pengsan masa tuh...

10.00 Pagi

Rasa berat nak bangun, sakit kepala + demam panas
Berkali-kali dapat call dgn mesej, semua aku tak layan...
Mood masa ni macam shial, aku menangis kejap sebab kepala sakit...
Aku teringat kat orang tersayang masa tuh...mood jadi sayu, rindu...
Bilik aku pulak suram je, mood jadi makin haru biru...

4.00 Petang

I got message from Remy: Makan nasi kat bilik aku jom!
Mood masa tuh macam org gila meroyan, kepala berpusing2...
Bangun kejap, bersiap-siap. Wangi-wangi, mood jadi makin galak...
Pegi bilik Remy, hehe...ketawa dan senyum sebab ade makanan untuk aku....
Seronok ade orang teman makan...sembang dgn Remy...mood hepi...
Gaduh dengan Saad si giler tuh...mood jadi macam nak hempuk je kepala budak tu...
Then ade Remy backup...mood rasa sangat terbela...

10.00 Malam

Renovate process, new Bilik Gerakan JPK Perindu will be transformed!
Aku masa ni seronok jugak la sebab ade semua family yang bersama-sama buat keje...
Aku tolong decorate bilik tu dengan usaha sendiri, even masa tu aku demam...
Still masa ni gaduh dgn Saad cam cibai tuh...sebab dia suka wat aku sakit hati...
Then, aku dimintak wat hiasan, tapi.....
Kena reject dan kena kutuk, sebab buruk katanya!
Apa agaknya mood aku masa tuh ek?

2.00 Pagi

Balik bilik penuh dgn rasa sgt bad mood...
Mungkin aku demam, lapar or sakit hati kot...
Aku rasa sgt tak seronok lepas tuh, nak buat apa pun jadi cam tak de feelings...
Ni tgh tunggu baju siap basuh, lagila aku tak de mood...
Tak pelah, aku update blog kejap la...
Ketika ini, dengan mood yang malas dan jiwa kacau...
TERHASILLAH ENTRY NIH.....

Tuesday, July 12, 2011

Menangis Tanpa Sebab!

Aku salahkan semua...semua yang berlaku...
Aku marahkan diri aku kerana tidak bertanggungjawab...
Aku menangis dengan diri aku sendiri kerana tidak peduli...
peduli dengan kesakitan orang lain..orang yang menyayangi aku...

Baru kejap tadi aku baca entry blog seseorang...
dan menyebabkan aku menangis tanpa henti (makan masa 3 jam...)
aku rasa cukup tidak peka dengan orang sekeliling aku...
Nasib dia aku tak pernah nak pikir...sakit ke? makan ke? berduit ke?
Yang aku tahu...aku memaksa dia berjumpa dengan aku...
aku tidak fikir kondisi dia untuk membolehkan dia menunaikan permintaan aku...

Dia sangat terluka, dia sangat susah hati..dia sangat terdesak...
Dia kesakitan...bukan pada fizikal...tapi hati dia...
Dia semestinya ingin hidup gembira seperti aku...seperti kami...
tapi dirinya...tersepit dalam permasalahan hidup seperti itu...
tidakkah aku kasihan? bukankah aku berjanji mahu sentiasa berada disebelahnya?

Aku menangisi setiap perilakuku...
mungkin pernah mengguris perasaan dia..,
mungkin tidak pernah faham isi hatinya...
mungkin tidak cukup mendengar masalahnya...
mungkin penah membuatnya rasa tidak diadili...

Sungguh aku memohon kemaafan dengan silap aku terhadapnya...
Aku pernah membeza-bezakan dirinya...
Hinggakan kini aku menyesali dengan diriku...tidak memanfaatkannya...
Hingga entrynya yang terakhir aku baca...airmata tidak berhenti2 mengalir...
Aku sebut namanya berkali2 dan memohon kemaafan...
Aku janji aku akan membantunya, aku janji akan membela dirinya...aku janji aku menjadi teman yang setia dan prihatin dengan setiap kesakitan dia...
Aku tak mahu cakap kosong...sakit yang dia tempuhi...aku harus sama-sama lalui...aku sedia!

*Abgku Remy...luahkan segala sakit dihatimu, aku sedia membantu...jangan kau rasa jauh dari aku dan dari kami kerana kesusahan kau. Aku anggap kau teman paling setia selama perkenalan kita...

Mag_Jr Shomei
Your Little Bro, Your Friend, Your Family!

Saturday, July 9, 2011

Escape To Carey Island!

Aku perlukan ketenangan...kerana aku tertekan dengan bebanan kerja...
Aku perlukan ketenangan...kerana hati marah dimaki dan dihina...
Aku perlukan ketenangan...kerana aku takut dan bimbang setelah dimarahi...
Aku perlukan ketenangan...kerana cukup penat bertungkus lumus segala..
Aku perlukan ketenangan...kerana sedih ditinggalkan keseorangan sahaja...

Haha..sekadar bermadah kenapa entry aku kali nih macam ni...'ESCAPE TO PULAU CAREY?' kenapa sampai nak kena escape pulak? Lari dari sesuatu ke? Bukan apa...aku sebenarnya nak sangat pegi pulau tu...Abang aku si Opie yang ajak. Dia ada praktikal kat sana, under Sime Darby Plantation. Lagi-lagi pulak aku dah la tension kerja berlambak kat Pejabat Setiausaha Agong Family Perindu C0. Cawangan Shah Alam (cewah...suka hati aku je nak letak2 nama cam nih...), busying with my programme & Meeting report yang baru je berlangsung kat Bangkok dulu...

So aku siapkanlah 90% kerja tu...dan it's time for me to holiday there (Carey Island!). Aku pun dah pack barang nak pegi sana...My dear Saad bawak kete pegi sana...aku bagitau kat General Secretary aku yang aku nak pegi sana...so dia soal aku sama ada kerja aku dah siap ke belum...aku jawab: "Report program dah siap...cuma Report meeting & post mortem belum lagi" Apalagi...tarik muka la Gen.Secretary aku, marah kot! Dia mintak aku siapkan waktu tu jugak b4 aku bergerak ke Carey...Gila? Mana sempat...dah pukul 5! So aku jawab: "Saya memang plan tak nak siapkan report tu waktu nih...saya nak buat kat Carey sana..." Gen. Secretary aku bertambah marah dan melemparkan renyukan kertas kat atas meja (berhadapan aku...sikit lagi nak kena aku...cuak gila aku!)

Bila aku perasan Gen.Secretary aku tu dah naik marah...aku pun terus cabut lari bawak Saad shengal aku tuh kuar dari UiTM dan terus ke Carey Island tanpa pikirkan apa2
lagi...aku buat semua ni sebab aku dah cukup penat dan tak larat lagi...sebab hanya aku dan beberapa orang je yang masih tinggal kat Kolej menguruskan urusan rasmi Perindu Company (lagi sekali ayat cinabeng!) dan yang lain dah balik...aku rasa penat, tiada yang teman aku...Itupun terima kasih kat Abang aku Opie sebab dia invite aku kat Pulau tuh...dapat la ketenangan, bertemankan Opie dgn Saad yang buat aku hepi...hepi sangat 1000X!

Kat Carey Island tu sebenarnya tempat ladang Kelapa Sawit, so aku dapat peluang la nak rasa penat Opie belajar as Planterz student! Tolong Opie wat koleksi Tumbuh-tumbuhan dia tuh...hehe...I found da correct Bro who love green & Plant Bio! Coz aku minat Biology...so mudah untuk aku willing nak wat kerja cam tuh...kat sini biasalah, keliling aku ladang..tapi semua tu cukup menenangkan (memanglah tenang sebab kerja aku tido je!). Sometimes I need something like green to make me calm...jauh dari keresahan dengan bebanan kerja dan inilah masanya untuk aku lupakan masalah aku
...with my Bro n my frenz... walaupun aku tak keluar dari rumah besar kat ladang (pergh..macam rumah berhantu) tuh...tapi aku cukup tenang, the house is surrounded with green...plus dengan ragam Opie & Saad yang gila-gila...buat aku rasa 'aku hidup kembali' coz inilah diri aku...aku tidak pernah jumpa masalah...aku bersyukur dengan ketentuan Tuhan yang telah membawa aku kesitu...Aku baru pulang dari Carey Island, dan aku masih tersenyum...

~Pulau Carey, Opie, Saad & Me!
(Plus, MyBro Remy jugak...makan ubat ye? jaga kesihatan!)





Tuesday, July 5, 2011

Apabila Cinta Wanita Dikananku~

Aku tiada idea nak bercakap tentang perempuan atau dengan lebih matangnya WANITA! Bukannye aku kata aku ni anti perempuan (ala2 citer Lagenda Budak Setan lak..) cuma aku masih tiada sebarang hujahan yang dapat aku ilustrasikan siapa perempuan yang wujud disisi aku. Cuma baru2 nih...mood aku tak okey up and down jew...aku pun tgoklah semua movie yang ade unsur2 cinta (sengaja nak tmbahkan sakit jiwa...). Kemudian lepas tgok tuh...aku jadi satu rasa yang sangat pelik seperti: (1) Nak ade awek la (2) Nak seorang perempuan hadir disisi la (3) Nak perempuan tu belai manja aku la (4) paling kritikal sekali....aku nak kawen la! Kata orang, benda2 yang baik tu selalunya disebelah kanan, jadi aku mahu perempuan tu mulia dikanan aku (walaupun aku tau kalau kat atas pelamin or perarakan kawen perempuan belah kiri lelaki!) Apa yang aku nak sangat kat perempuan ni sebenarnya?

Seorang yang mudah dibuli oleh aku, aku bukanlah jahat sangat tapi tu cara aku ekspresikan diri aku bahawa aku nih manja. Aku tak boleh terlalu serius dengan perempuan, sebab aku ni sebenarnya segan dengan perempuan..lagi2 kalau perempuan tu nak goda aku...(seyes malunya~)

Perempuan yang mudah menangis, aku suka sebab dia agen nak kasi aku nanges jugak...time dia nanges mudahlah aku nak nanges sebab time tu masing2 tak heran dah sape yang tak gentle bila nanges...buat wanita yang bakal aku cintai: "kau nanges lah sepuas hati kamu, aku akan menemani setiap linangan air matamu, kemudian akan aku peluk erat tubuhmu, menangislah dalam dakapanku...akan aku sebut shhh..sudahlah, saya tak nak tengok awak bersedih, jangan risau kerana saya ade untuk awak, kalau awak sedih susahlah hati saya. Masa itu aku akan belai rambutnya dan mencium dahinya. Sungguh aku jujur aku berbuat begitu! Janganlah kau sangsi denganku."

Aku orang yang suka bergaduh dengan perempuan, jadi bakal wanita tersebut perlulah mempunyai ketahanan dalam bertekak dengan aku. Aku boleh kawal diri aku tidak 'naik tangan' dengan seorang wanita, tapi mungkin kata2 aku agak pedas dan itu bleh menambah lagi baraan api untuk terus bergaduh. Tapi disebaliknya, jika kedua2nya menyerah kalah dan mengambil keputusan berjauhan sementara: "aku dulu akan datang kepada dia, aku pegang bahu dia terus turun ke tangan (belum masa nak raba ek?) dan aku genggam...mungkin masa tu dia tak nak tengok muka aku...tapi aku akan cium tangan dia dan sebut awak saya mintak maaf berkasar dengan awak, saya harap awak bersabarlah dengan karenah saya disepanjang kita masih mencintai sesama kita...cinta memang diuji begitu...salah faham menguji kesetiaan kita..."mungkin masa tu perempuan tu akan berubah kepada point no 2!

Aku pulak jenis sensitif kalah perempuan (malu kan aku macam nih~) Aku memang akan cepat marah, down, moody, kecewa, putus asa and what so ever lah sifat negatif mazmumah yang ada...so kau sebagai wanita yang aku cinta...pujuklah aku...belailah aku...aku mahu dengar kata-kata semangat darimu. Aku mahu kau juga berbuat seperti apa yang aku buat ketika kau bersedih dan mengalami kondisi yang sama denganku...tak perlulah malu...aku tidak hirau walau kau dilabel sebagai 'perigi cari timba' kerana aku terima kau seadanya...cinta aku agak aneh jika difikirkan, agak kelakar bila diceritakan, agak over bila ditafsirkan...kerana aku ingin kita berbeza agar kita boleh bahagia dengan kehendak kita sendiri..usah diciplak cinta orang lain dan yang ada dala filem atau drama...kerana semua itu rekaan...penyedap cerita...yang benar hanyalah cinta kita...sesungguhnya: Wahai kau cintaku wanita~cintaku untukmu!

Sunday, July 3, 2011

Jalannya Islam tetapi sesat dilaluannya!

Kenalkan apa itu Islam? Atau sekadar tersenyum sambil menunjukkan mykad yang tertera ISLAM! Aku juga pernah terfikir...cukup dalamkah ISLAM aku tu? Cukup diredhaikah Islam aku? Tiada salahkah aku selama aku Islam? Semuanya bermain dalam fikiran sejak aku mula mengenali identiti aku sendiri...Aku mula bersuara bertanyakan tentang Islam? Semua persoalan timbul sejak aku berkawan dan dikelilingi orang yang bernaung dan kuat dibawah tadbir ISLAM....

Aku rasa aku yang paling rendah naungan itu (mengikut persepsi diri) kerana aku cukup berbeza dengan yang lain. MyBro dan family committee banyak menunjukkan teladan dan panduan yang bagi aku cukup 'islam' bagi aku...Aku bukanlah alim ulama dan aku bukan seorang perfectionist Islam yang terbaik yang boleh diikuti orang...kerana aku masih menjadi pengikut Islam yang setia...cuma masih terumbang-ambing dengan godaan dunia & syaitan laknatullah!

Aku berani post entry sebegini bukan kerana aku 'membuka pekung didada' mengatakan aku bodoh atau jahil Islam....TIDAK! AKU BUKAN BODOH DALAM ISLAM...cuma aku masih dalam laluan yang tidak jelas antara kanan atau kiri...aku masih meraba-raba mencari jalan yang menuju kepada kebahagiaan dalam Islam! Aku hendak menetapkan Islam aku yang sebenar...kerana aku cukup hilang dan kekaburan dalamnya! Aku sendiri tahu jalan aku sendiri. Bermula dari arah peta yang menunjukkan aku harus pergi ke suatu tempat yang bernama ISLAM, kemudiannya ditunjukkan arah menghala kesana, baik cara dekat atau jauh (macam dalam google maps) aku tahu jalannya bagaimana. Aku terus menghala kesana dan disini ia akan merubah jalan hidup aku! Maka apa yang tidak kenanya?

Kisah segalanya bermula apabila kita diberikan satu fokus jalan yang harus dituju. Maka tidak salah jika aku sendiri berkata yang kita tidak 100% mencapai objektif kerana kita disepanjang jalan itu akan sentiasa singgah dimana2 sahaja perhentian yang kadang-kala disebut sebagai 'laluan kelalaian'. Disitu fokus kita akan mula lari, terpengaruh dan terjebak dalam kancah dunia yang meruntuhkan iman dan pegangan kita...aku berani mengaku bahawa aku juga begitu! Jadi setelah kita disedarkan oleh 'sesuatu' bentuk penyedaran...kita akan berasa hendak KEMBALI! Sebenarnya ia salah...jika kita dalam satu perjalanan, kita tidak boleh kembali tetapi perlu meneruskan perjalanan, cuma kita perlu BERUBAH DAN ISTIQAMAH dalam menentukan pegangan dan fokus utama kita. Itu yang aku juga perlu tanamkan...diakhir perjalanan aku harus jumpa lokasi itu...lokasi yang dinamakan ISLAM...

Aku ingin menjadi seorang yang dicintai dan disayangi kerana ISLAM...aku tidak boleh terus-terusan salah arah disepanjang aku:
  • mengaku Islam kerana memegang MyKad yang bercetak ISLAM bahkan aku tidak kenal.
  • bersekolah dgn mempelajari Pendidikan ISLAM bahkan aku belajar hanya untuk score A!
  • berkata 'saya ISLAM' dihadapan org bukan Islam bahkan terikut2 budaya bukan islam.
  • merayu agar agama rasmi Malaysia iaitu ISLAM dipertahankan bahkan aku persendakan.
  • menuju disetiap tempat yang bertulis ISLAM bahkan masih lagi menjejakkan kaki ke tempat2 yang tidak mencorakkan Islam.
Aku mesti berubah, kekalkan ISLAM dalam hati aku, kerana aku telah dijanjikan ISLAM dan syurga buatku...ISLAMlah yang menyelamatkan aku...buat kawan2 yang aku cintai, ingatkanlah aku jika aku lupa, tegurlah aku jika aku melampaui batas, pukullah aku jika aku mengasari, dan bencilah aku jika aku mula lari dari paksi...kerana aku bukanlah sempurna...AKU MANUSIA DAN AKU ISLAM...DIHATIKU ISLAM!

Benar! Islam is the way of Life...

Saturday, July 2, 2011

Bangkok: Jika Aku seorang Thailand & Jika Aku Islam Minoriti?

Tidak pernah rasanya menjejakkan kaki ke bumi yang asing bagi aku...Bangkok! Inilah pertama kali aku merantau jauh dari lubuk kehidupan aku selama ini...apa yang aku lihat, masyarakat disini jauh berbeza dari tempat aku...dari segi gaya bahasa, tulisan dan sistem pemerintahan disana. Aku hanyalah seorang perantau yang mencari keunikan dan kelainan satu lubuk yang dinamakan negara Thailand!

Pada awalnya apabila aku masuk disempadan Malaysia-Thailand, hati aku rasa resah...aku ragu-ragu apa akan jadi kepada aku apabila masuk kesana? Sehinggalah aku menjejakkan kaki masuk ke bumi Thailand (Thai = Bebas dan Land = Tanah) dan mula belajar sikit2 bahasa Thai seperti Sawasdikap (ucapan apa khabar bagi lelaki), khap kun kap (ucapan terima kasih bagi lelaki), rakataurai? (berapa harga?) dan yang paling melucukan Hong Nam (Tandas) kerana semua family committee aku asyik mengulang perkataan itu! Kemudian aku melihat sisi penduduk disana, sangat berbeza. Cuma aku tersentuh hati apabila:
  1. Agama rasmi Thailand adalah agama Buddha, jadi agama Islam disana adalah minoriti. Tetapi, masyarakat disana tetap damai hidup di bumi yang bukan Islam adalah 100%. Dan juga aku melihat anak2 gadis dan wanita disana bertudung, sama seperti di Malaysia. Cuma perasaan kagum aku terhadap mereka kerana masih berpegang kepada seruan agama yang menuntut wanita Islam menutup aurat, dan mereka berbuat begitu!
  2. Kedaifan surau-surau disana berikutan Islam bukan agama Majoriti. Sepanjang aku berada di highway dari Selatan Thailand ke Bangkok, aku banyak kali berhenti rehat untuk menunaikan solat. Menangis aku ketika itu kerana melihat keadaan surau negara mereka yang tidak serupa surau. Keadaannya yang kecil dan tidak terurus dan ada yang hanya mampu memuatkan satu saf sahaja. Maaf, jika ini adalah kasar bagi sesiapa yang membaca, ada satu surau di sebuah daerah di Thailand nih...surau nya sebesar rumah anjing Shin Chan yang dibesarkan diatasnya, termasuklah pintunya sekali! Sungguh sedih melihat keadaan surau tersebut.
  3. Apabila aku smpai pula di bandar Bangkok, nak cari surau agak senang cuma saiz surau tu tersangat lah kecil...itu menampakkan tiada agama lain peduli dgn Islam. Entah mengapa menitis air mata semasa aku berwuduk kerana aku ini belum cukup bersyukur lahir di bumi Malaysia yang majoritinya Islam. Hendak mencari Masjid atau surau cukup mudah. Cuma aku sahaja yang alpa dan sombong tidak mahu menuruti perintah Allah...Di tanah sendiri, jika tertinggal sembahyang pun tak rasa apa, tak jejak ke surau pun tak rasa apa, kini...bila aku berada jauh dari kemewahan hidup...aku mula mengenali apa itu nikmat dalam solat dan bagaimana nikmat bersolat di surau...indahnya Islam!
  4. Aku kagum kerana peniaga-peniaga kedai makanan dan hidangan Halal di Thailand yang mampu bersaing dengan peniaga makanan tidak halal. Aku terharu kerana aku masih berpeluang merasa enaknya makan makanan yang halal lagi bersih..sungguh aku puji masyarakat yang berpegang dengan apa itu Halal!
  5. Terkejut juga apabila rata-rata pelusuk Thailand ramai penduduknya pandai berbahasa Melayu dengan fasih...mereka ni mudah beradaptasi dengan masyarakat negara luar!
Itulah sedikit sebanyak pengalaman pelik tapi realiti aku sepanjang aku ke Thailand...aku cukup bertuah dapat pergi kesana. Apa yang aku dapat pelajari, Islam itu indah dan sangat luhur...aku harus bersyukur kerana hidup dalam kalangan majoriti Islam, segalanya mudah untuk aku tunaikan bagi diri aku yang bergelar Islam...Islam agamaku! Allah itu Tuhanku! Ya Allah...ampunkan dosaku!